Followers

Friday, May 31, 2013

family vacation

assalamualaikum!!!!

hello holla...im back after agesssss...miaahahhahaha..ni pun sebab bersenang lenang dan berbahagia menikmati cuti....owhhh!!nikmat donniiaaa..=)as usual, permulaan cuti dimulakan dengan marathon keliling msia..=)bermula khamis selepas sekolah di penang, terus ke ampang..berehat barang 2-3 jam...memecut ke tganu untuk kenduri pada jumaat dan sabtu..yezza!!back to back kenduri di rumah mertua=)jumaat kenduri akikah. jemputan dlm 200++ dan sabtu, makan-makan untuk rombongan dari JB seramai 100 org...wallaaa!!!ahad, balik KL.sampai dalam kul 3pagi...ezoe keje kul 9..oklaa tu!!sempat charge jap....due to hectic weken, we decided to take a short gateway...selasa we headed to port dickson....


part of my family in law..kurang 2orang yang datang lewat sket n ezoe yang amik gambar

dekat fb ade picture yang aku upload menjadi tanda tanya orang..wahhh!!!tak sangka ramai tak tau yee....okeyy!!meh aku story mory percutian budget yang berbaloi. tidak perlu jauhh!!dekat sudahhh, port dickson...=) bila sebut PD, ramai orang asyik bercakap tentang avillion, thistle , lexis..blaa blaaa yang pada aku mahalll....yess!!worth for money dengan environment dia..and private pool die.tapi ade lagi yang aku rasa berbaloi and your can definately get at cheaper price..malahan boleh bawak berbondon bondon  kaum keluarga pada masa yang sama..=)


ok ok, tempat yang aku maksudkan ialah


kalu tak silap, dulunya di bawah pengurusan tiara beach resort sebelum di ambil alih best western


*



*




*





*
cer tengok environment dia..

part of their wetpark***for more pics, scroll down**
not bad huh???

aku mau cerita bab penginapan dulu..
rate suite die dalam 500++ with tix for their theme park kalu tak silap aku..and you can get around rm 300 kalu booking melalui agoda..
tapi leh masuk dalam 3 orang saje per room...bagaimana mau bawak berbondon -bondon ahli keluarga tanpa perlu berbelanja lebih??








yezza!!jawapannya ialah dengan menyewa dengan pemilik apartment persendirian di sini. untuk kemudahan dan kelengkapan seperti di atas, 2 bilik --1 queen bed and 2 single bed only at rm200 and rm250 during school holiday and weekend..leh masuk 10 orang**tapi bawa laa comforter sendiri=)..berbaloi kan???
unfortunely, harga rm250 without the access to theme park. kalu anda mahu, boleh beli melalui owner dengan harga yang murah, sekitar rm30 dengan 2kali access...=)
mana nak dapat contact person??
cer google and cari kat mudah..mudah kan??hahahhahha


pada aku, theme park die sesuai untuk kanak - kanak je...slide untuk dewasa ada seketul je kot.takat berenang nak bayar rm30, baik g berenang kat pantai..ye dakk??? tapi highly recommended tuk family trip yang ramai toddler.. 






ehh!!boleh pergi sangatlaa pada aku dengan harga cenggini...mungkin lokasi dia agak jauh dari teluk kemang, tapi dekat dengan extreme park and golf club.. extreme park???best best!!ada go kart, atv, archery, paint ball..aku sempat naik go kart lepas lama mengidam...bertahun dah kot xnaik..huhuhuh
owhh!!tu mungkin di siaran lain aku cerita.....hehhehe..neway!!hepi holiday kepada yang berkenaan..=)

pic ini adalah tiada kene mengena dengan cerita di atas..hahahhahahaah
**pp gebu dedua orang berlaga-laga..aku bantai gelak tak benti tengok pic ni****


Tuesday, May 21, 2013

rezeki ....

assalamualaikum..................................


rezeki.....ah aha..ahah...dun speko speko ok!!blum preggy...masih belum sampai rezeki itu untuk aku dan ezoe....rezeki Allah bukan hanya mengenai anak semata-mata..mungkin rezeki aku lebih kepada kerjaya....Alhamdulillah, sudah berkali kali aku dioffer sebagai JU (jurulatih utama)....itu rezeki namanya. ya!!tiada kenaikan gaji cuma extra elaun/claim...extra bebanan kerja...extra komitmen...Namun, hati telah tekad setiap kali menolak tawaran...sebahagian hati berkata..ini peluang aku untuk maju dalam kerjaya...namunnnnnnnnnnnn..ada yang lebih memerlukan perhatian...

bukan aku menolak rezeki...sungguhh!!namun, aku memilih untuk mengutamakan keluarga. keluarga kecil aku masih hura-hara..sorang di penang, sorang di ampang...hujung minggu peluang untuk berjumpa..andai aku menerima offer sebagai JU, mungkin hujung minggu perlu dikorbankan untuk ceramah/perkongsian ilmu di sekolah lain..tidakk!!!!ezoe perlu diberi perhatian..sapa tak takut weyy laki cari lain kalu bini membizi je...ehh!!mintak jauhlaa....
aku tak nak bila aku dihantar berkursus, aku dibonding dalam tempoh paling kurang setahun kehadapan..cukuplah hmpir 3tahun keluarga kecil aku perlu berjauhan...rezeki Allah akan tiba juga di kala lain..pada aku, tak perlu mengejar rezeki yang kita tidak mampu memberi komitmen. mungkin orang lain yang lebih layak menerimanya. bukan nama yang ku kejarkan..kepuasan diri itu lebih aku titikberatkan...

berulang kali rezeki untuk menambah pendapatan sebagai guru tuisyen aku terima.......
sapa taknak duit lebih?????tipusss laa kalu xnak...tapi aku taknak hanya hangat hangat taik ayam hanya kerana kejarkan imbuhan..komitmen yang aku pentingkan..tidak sanggup aku mempertaruhkan wang ibubapa murid murid yang mungkin perlu kerja siang malam bagi membolehkan anak mereka mengikuti kelas tuisyen...

cukuplaa sekadar komitmen sebagai guru kelas tambahan..ya!!!mungkin tidak setinggi mana claim yang aku dapat, tapi itu adalah sesuai dengan komitmen aku hanya seminggu sekali mengajar...oklaa tu!!nak lelebih..sila rajin bekerja!!!bila tiba masanya, aku pasti tidak lagi menolak rezeki yang datang..andai Allah masih mentakdirkan rezeki aku masih ada di masa mendatang...aminnnn!!!


***oh yehh!!cuti sudah hampir.....marilah bersedia untuk membuat marathon penang --kl--terengganu - kl.....=)

Thursday, May 16, 2013

selamat hari guru 2013

assalamualaikum...

16 mei setiap tahun, hari memperingati jasa guru dan para pendidik...alhamdulillahh!!aku diamanahkan dengan tugasan berat ini..bukan sebarangan mendidik,tapi..mendidik mereka anak-anak syurga.....insan istimewa, terlalu unik dalam dunia mereka...=)

tidak pernah malu dan rasa rendah diri untuk aku mengabarkan keseluruh dunia, aku adalah guru opsyen pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau learning disability...mereka, terlalu istimewa, terlalu unik..terlalu berharga....kami, para guru..berusaha termampu memastikan mereka mampu setanding murid murid normal yang lain...kalaupun tidak sehebat murid normal dalam pelajaran, pastinya mereka adalah murid yang paling menghormati dan mentaati guru...mereka adalah insan sebenar di mata kami...di hati kami......
yaa..

aku amat bangga menjadi antara insan yang bertanggungjawab membawa mereka ke dunia sebenar....selamat hari guru buat semua guru dan pendidik di seluruh dunia..semoga, tanggungjawab yang diberikan akan terus digalas sehabis baik!!....


***bonus hari guru.....=)
lagu sayang versi murid istimewa....


video

oh meh story sket bab video ni..murid yang baju putih sebelah kiri, ADHD plus hyperactive...sebab tu kalu tengok, nampak kejap kejap die kekiri..kejap kejap ke kanan..adhd ni antaranya tidak boleh fokus terhadap sesuatu dalam tempoh lama...lama pun xsampai 5 minit dah terkinja-kinja....yang baju hijau, jelas..die down syndrome.b utiran percakapan tidak jelas sebab salah satu ciri down sindrom adalah berlidah tebal dan pendek, sebab tu bile cakap, xjelas....
**abaikan suara cikgu gelak cam halilintar...aku laa tuu!!!!...wahahahahahahah




Thursday, May 9, 2013

surau bertaraf 5bintang

assalamualaikum.....

sapa pernah pegi space u8 eco mall kat shah alam angkat tangan???ala...tempat dorang buat konsert versus tu??..bukan nak bercerita tentang kehebatan eco mall tu tp tentang kehebatan surau die.....perghh!!terasa nak pergi memandu dari ampang ke shah alam semata - mata nak pegi solat je...heheheheh...tp itulaa kejakunan aku terhadap kehebatan sebuah surau yang kebiasaannya sempit, sesak dan kurang terjaga......mau mau plak surau sogo...perghh!!aku yang gendut terasa kemek duduk dalam tu.size tak sesuai dengan jumlah pengunjung..


ok, berbalik kepada surau space u8, jalan menuju ke surau agak scary..mungkin sebab mall masih belum meriah..banyak kedai belum bukak..tapiiiiiiiiiiiiiiiii

sampai je ke suatu area berhampiran surau..wahhh!!!macam spa..dengan down light yang malap malap gitu....stool corak checkers....hiasan dindingan yang cantik.....



tempat amik wudhuk yang cam spa..banyak batuan...cantik cantik!!

walkway nak ke bilik persalinan/mekap dan ke tempat amik wudhuk


bilik persalinan yang spacious.cermin yang besar tuk jemaah mekap dan bersiap..xdelaa kene berdiri bertingkat tingkat tuk bagi peluang ramai ramai menggunakan cermin yan kecik..retak plak tu..huishlaaa..


hiasan menggunankan elemen air...best best..tenang...
**abaikan  telekung yang sedikit bersepah

kebiasaan, ezoe yang terpaksa menunggu aku abes solat, tapi, dekat sini, aku yang kene tunggu dia..menikmati sungguhlaa suasana surau....apapun, penceritaan dan gambar adalah tidak setanding perkara sebenar kerana aku adalah amat teruk dalam bab penggunaan camera....perkara sebenar adalah jauh lebih baik...nak tau??g sendiri dan cubalaa...=)




Monday, May 6, 2013

6D motion adventure

assalamualaikum....

kali ni nak share pengalaman baru....kalu tgk wayang , takat 3d or hebat sket 4d...tp ni smpai 6d....wah wah wahh!!!ezoe beriya nak aku rasa..sbb die dah pennag rasa so die nak bini die pun cube...hello!!aku dengan baju kurung tu, takut gak tersingkap ape yang tak patut...yelaa smpai 6D kan??

tapi...............takdenyelaa nak risau melampaau sangat....hahaha....n why bother to spend couple bucks for sumthim that worth at all called PENGALAMAN SEUMUR HIDUP wahh  gituu!!!
**typo banyak sebab dah lame xmenaip..muahahaha....

**abaikan tarikh pada pic sebab ianya pasti jauh ketinggalaan dan terkepam  je............hahaahahahahah....

6D motion adventure
wangsa walk, wangsa maju
**bersebelahan dengan TGIF...

aku dah tak ingat rate die tapi ada package.mungkin sorg dalam 15 ringgit kot..kami amik package 3 person free 1 person...so, aku dan ezoe layak tgk 2 movie..xdelaa lama pun satu movie..dalam 15 minit gitu ja...


ni suasana dalam teater...kat luar pun ada screen, tp boleh tengok org kat dalam punye reaction laa..jadi peringatan!!sila control hebat sbb orang luar gelakan kita,..muahahaha

setiap seat ade seat belt and u hav to fasten the belt.kerusi adalah bergoyang goyang dan khuatir anda tercampak kehadapan...tiupan angin pun ada dan water splash pun ade..tapi xde tahap lencun baju..percik cam nak spray gosok baju gitu. 



walau berbaju kurung, masih selamat.tiupan angin hanya pada paras muka dan buka bawah kain...muahahahahahh..jadi!!ok walau pakai baju kurung!!konfem tak terselak






Thursday, May 2, 2013

marilah mengundi

assalamualaikum....

berleluasa fb aku dijajah dengan ceritera berbaur politik.....makin hari, makin malas nak bukak fb....fuhh!!aku is tak seronok. budak remaja yang pada zahirnya nampak ayu, lemah lembut bercakap, tapi bile datang bab politik, segala makin carut ko kuar...adakah politik mengajar anda anda dan anda untuk berbahasa kesat dan kasar?? biar apa pun parti yang kau yakini, pada aku...adalah lebih molek kiranya anda dan anda berkempen dengan cara menyatakan kehebatan dan kemampuan parti anda tanpa perlu memperlekehkan parti lawat..

ada insan ini yang mengatakan, "aku ni bukan apa, share kat org supaya orang tau parti A ni teruk, fitnah pemimpin parti B, makan duit orang..bla..bla..blaaaa".....sedarkah anda dan anda, dalam keghairahan mengempen, anda turut memfitnah parti lain??khabarnya parti A jahat guna taktik kotor dan memfitnah, tapi parti B buat benda sama gak, shared fakta yang belum tentu sahih. pic yang diedit. kata kata kasar dan kesat..arghh!!mana - mana parti adalah sama. setiap pimpinan musti tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. aku turut percaya, mana mana parti yang memegang tampuk pimpinan turut akan bertindak sapsapsoi sama saja.

tapi ini bukanlah bermaksud aku LANGSUNG TIDAK tahu perkembangan politik, tapi aku lebih cenderung melihat dan mengkaji tanpa perlu menghentam dan meng"share" secara membuta tuli...tidak perlu memaki hamun.tambahan pula kalau anda adalah pelajar yang baru pertama kali nak mengundi. aku yakin, biar sebijak mana anda sekalipun, tidak semua bidang anda kuasai. anda doktor, adakah anda hebat membancuh simen buat rumah??....anda lawyer, adakah anda hebat menganyam tikar mengkuang??kesimpulan di sini, biarkan mereka yang ahli menilainya tanpa perlu kita yang baca fakta fakta yang belum tentu sahih untuk menilainya. dan memaki hamun macam anda lebih hebat dari dr M yang puluhan tahun mentadbir negara??

ohya, biar apapun, pegangan agama adalah yang paling penting untuk dititikberatkan. jangan sesekali mempertikaikan kesahihan seseorang itu bersumpah kerana pada aku, biar apapun..dia masih berani untuk bersumpah dengan nama Allah daripada anda anda dan anda yang hanya hebat bercakap cakap. jika anda tidak salah, sila tampil dan melakukan sumpah yang sama..kenapa tidak???? Allah telah menjanjikan azab untuk setiap dosa yang dilakukan, jika anda adalah dipihak tidak salah, mengapa tidak mahu melakukan sesuatu yang langsung tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri melainkan kemudaratan kepada kepentingan diri sendiri sahaja?? ada yang mengata, "alaa...sumpah sekarang orang buat main ja...."....yup!!tapi janji Allah tidak pernah main main.biar ALLAH tentukan kebenarannya...


YA ALLAH, peliharalah negaraku, MALAYSIA daripada anasir anasir jahat. kekalkanlan keamanan dan kesejahteraan di kalangan kami. eratkan perpaduan dikalangan ummah islam. kukuhkan hati hati kami dengan kesabaran dan keimanan. amin amin amin ya rabbal alamin...

jangan lupa mengundi..supaya tidak menyesal di kemudian hari....ahakz...=)





klik..klik..")