Followers

Showing posts with label pendapat anda. Show all posts
Showing posts with label pendapat anda. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

eg-tukar : realitinya

assalamualaikum....

egtukar guru...sistem yang dah jadi bestfren aku since  last 3 years  n still counting... yezza berzaman, dah 6 kali percubaan. 2014 merupakan tahun ke4 percubaan diiiringi doa moga kesabaran ku melangit tinggi bila asyik keputusan negative je....

aku percaya pada perancangan ALLAH adalah yang terbaik..tapi sebagai manusia, membengkak gak hati dah perasaan bila mana:


  • kau posting x sampai 2 tahun dah dapat tukar semenanjung
  • kau posting x sampai 1 tahun dah dpt balik kampung halaman walau masih bujang
  • kau posting x sampai 2 tahun dah dapat pindah dekat bini/laki...
aduhlaaaaaaa.....yee, rezeki manusia adalah berbeza. pernah ke KPM tuk merayu..
lepas merayu..hati rasa tenang.alasan pegawai sedikit  membantu dan rasional..
antara butiran percakapan pegawai tersebut

  • pertukaran berdasarkan first come first serve.ada org yang lebih lama apply pertukaran berbanding awak tp masih belum dpt bertukar...so bila ada kosong, kita bagi yang dah lamaaaaaa apply 
  • negeri yang awak pohon dah sampai limit guru. kalau awak masuk, peruntukan tak cukup tuk bayar gaji awak.
  • memang ada kekosongan opsyen awak dlm negeri yang dipohon tapi guru yaang mengajar bukan opsyen tak boleh dipindahkan kalu dorang x apply permohonan tukar.
  • kita memberi priority pada mereka yang punya masalah kesihataan yang kritikal dan ancaman keselamatan.
  • awak xkesian ke family yang ada anak tp mak ayah duduk jauh??jadi kita bagi dorg dlu...aku mengangguk tanya bersetuju atas rasional manusia...tapi aku yang kawin 3 thn lebih tp x ngandung sbb dok jauh gak ni hadoo yang kesian kee wey???

pada rasional aku laa...kenapa susah berbenor nak bertukar walhal dah bertahun mintak tukar

  • guru baru posting di posting lebih awl berbanding guru yang memohon pertukaran. bila mana kekosong dah diisi oleh guru baru posting, mmg chancess sgt tipis laa nak lepas..sebagai contoh tahun ini, guru baru posting dari maktab di posting pada                  1. 4.2014.. makanya, kekosong di negeri telah diisi oleh guru baru. sistem pertukaran guru hanya dapat dipohon pada 1.4.2012  - 30.4.2014 bersamaan tarikh guru baru posting. bila mana tmpt dah disi guru baru, celah mana aku nak masuk bulan 6 ni???? ce khabar sket.... 
  • rombakan turut berlaku dalam negeri. sekolah aku sendiri menerima seorang guru yang ditukarkan oleh JPN walhal xmintak tukar pun. dan bestnya, dia adalah guru yang baru setahun posting. rezeki dia. aku terima. tapi mana keadilan tuk guru cam aku??
  • bila ditetapkan peraturan, guru baru, guru KDC/LPBS tidak boleh ditukarkan dan perlulah kekal di sekolah yang diposting dalam tempoh sekurangnya 3 tahun..namun kenapa perlaksanaan hanya pada sesetengah orang?? ade je yang x smpai 3thn  dah bertukar.......
  • KPM mungkin merancang sesuatu tuk membantu kami guru guru yang sekian lama tinggal berjauhan dari pasangan, tapi rasional nya..kenapa tidak dirombak serentak??maksudnya guru baru posting dan guru memohon pertukaran bergerak serentak.. 
  • ataupun guru mintak tukar dan layak untuk memohon pertukaran dipertimbangankan pertukaran. dan ditukarkan terlebih dahulu.kekosongan yang ditinggalkan guru yang bertukar inilah diisi oleh guru baru...
ini rasional pada fikiran aku namun aku tidak tahu permalsahan yang dihadapi di peringkat pertukaran dan posting...
rata rata semua guru kat sekolah bertanya nasib aku tuk pertukaran kali ini...aku jawab..ntahlaa kak...ntah bila laa nak smapai rezeki saya..berdoa jela...
**dorg turut "nampak" apa yang aku fikirkan bila melibatkan proses pertukaran...


rezeki ALLAH maha luas...permudahkanlaa urusan pertukaran ku untuk kali ini...AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Monday, September 30, 2013

pengurusan kewangan

assalamualaikum!!

pada tarikh 23/09/2013 maka dengan ini aku adalah bebas dari hutang PTPTN. Biar sekalipun aku menjadi cebisan sardin dalam tin sardin gara-gara nak sangat settle sume benda last minute. sendiri cari masalah kan, sendiri mau ingatlaa....berbulan bulan dorang bagi tempoh, last minute gak g carinya...stendet manusia..=)

ramai org bertanya macam mana aku mampu menyetelkan hutang piutang...
meh kite berkongsi..mungkin sebagai panduan saja...setiap org ada cara dan kaedah tersendiri...ini cara aku...rasional pada aku, berkesan pada aku tapi mungkin tidak pada anda dan anda...

dulu-dulu, zaman sebelum matang, aku boros.asal masuk gaji, memang licin aku kerjakan.syiling pun kekdg aku tonggeng dari tabung n jolok jolok ngan lidi..mihmihmih...
tapi kesedaran mula datang bila aku kerja dalam perbankan. ramai muda mudi baya 30thn dah kene blacklist gara gara tidak lepas ccris. masa awl keje, thn 2006 ngan gaji bersih sekitar rm500 setelah tolak minyak n duit tol berulang penang bridge..aku masih gagal menyimpan.berangan nak beli kete, choiii!!xlepas..bagi mak bapak tp hujung bulan mintak pinjam blk sebab duit xcukup...semuanya sebab xreti menguruskan wang.

ini cara-cara yang aku guna sejak kesedaran timbul sehingga sekarang...=)


  • sebaik gaji masuk, aku akan transfer immediately duit ke dalam acc yang berlainan untuk saving. contoh, sebulan saving 1k, so...trus transfer tanpa byk cakap..xpayah berdalih banyak.displin!!!bukan saving bila hujung bulan tunggu baki yang tinggal.
  • sebaik gaji masuk, selepas transfer ke saving, trus bayar segala hutang piutang. contoh : byr bil telefon, byr hutang kereta, byr hutang ptptn, internet, mak bapak. .bla..blaa..blaa..aku kerap berulang ke kl, makanya, topup touch n go adalah wajib . 
  • makanya, baki dalam bank hanyalah duit yang khusus untuk perbelanjaan harian termasuk JOLI..=) aku tetapkan jumlah penggunaan duit dlm seminggu, contohnya, rm50 untuk mkn minum shj. no matter what, jgn spend lebih dari itu in a week(working days)..kalu isnin ko dah melantak keyepci, selasa, mkn jelaa bihun sup ngan air kosong...rabu melantak mekdi, khamis mkn jela laksa n air teh o ais...n gitulaa....gamak tak cukup gak duit...PUASA!! jgn cucuk duit extra..displinnn!!!
  • jika boleh buat potongan gaji ke simpanan seperti tabung haji/ ASB...sila lakukan!! dalam payslip mungkin akan ada potongan, jgn risau, pihak bank akan consider sebagai pelaburan walaupun ada potongan dlm payslip...jadi, ia dikira advantage time nak apply loan...**aku xsure masih boleh digunakan ke tak advantage ni sekarang..**
  • hari minggu hari berjoli...maka, ada kelonggaran hari ini. mau mkn extra sket, dipersilakan. tetiba nak g seoul garden..sila...nak blanje kawan..sila....sushi king??sila....tapi, tetapkan jumlah duit untuk dikeluarkan untuk tempoh 2 hari (sabtu dan ahad) contoh : rm200....so, spendlaa wisely kalu nak shopping n makan hebat dalam 2 hari dengan jumlah itu...
  • aku tidak mengamalkan konsep draw banyak duit sekaligus. kerana aku akan belanja besar sekaligus bila nampak duit berkepuk kepuk dlm purse. aku elakkan simpan saving segedebuk dalam satu acc..contohnya : jika gaji masuk maybank, saving duit dalam cimb dan juga acc yang xleh draw sesuka hati seperti tabung haji dan ASB. kesilapan besar aku adalah menglinkkan tabung haji ngan bank. senang transfer duit tp senang jugak kuar duit!choiiii............
  • setiap kali habis berbelanja, duit baki yang aku selit dalam poket seluar sama ada syiling mahupun kertas, aku masukkan dalam tabung. yup!!tabung...pada aku, biar ada sikap mahu menabung hatta sekupang pun dari tidak langsung. hoi!!xde sekupang, tak cukup seratus oi...")
  • andai di akhir bulan sebelum masuk gaji, masik berbaki wang..haaa..time nilaa nak berjoli/ online shopping...kalu xde niat nak membeli, transfer gak dalam saving..so, esoknya duit gaji masuk adalah bersih tanpa ada baki lepas...proses berulang seperti di atas..=)
  • credit card??aku dan ezoe hanya ada satu saja. bukan sorang satu tapi satu kongsi dua..=) maka sama sama laa bayar bila perlu. cc aku guna time isi minyak, beli flight tix, blaa blaa bla...big no no no untuk shopping. kalu sesekali terbabas, dimaapkan..muahahahahahhah
emergency bila bila boleh berlaku..contoh kereta rosak. handbag putus tali =)..hahahha...silalaa keluarkan saving..tidak salah sesekali berbelanja besar. Konsep saving tu perlu ada dulu..apepun, sebagai suami isteri, sila duduk berbincang apa yang keutamaan dan kurang keutamaan. perbincangan sangat penting!!
akhir sekali, aku percaya konsep, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima..
sedekahlah yang termampu ..insyaallah rezeki akan lebih diberkati..aminnn
**wow!!ilmiah sangat entry ni....hahahhaahah


Thursday, May 2, 2013

marilah mengundi

assalamualaikum....

berleluasa fb aku dijajah dengan ceritera berbaur politik.....makin hari, makin malas nak bukak fb....fuhh!!aku is tak seronok. budak remaja yang pada zahirnya nampak ayu, lemah lembut bercakap, tapi bile datang bab politik, segala makin carut ko kuar...adakah politik mengajar anda anda dan anda untuk berbahasa kesat dan kasar?? biar apa pun parti yang kau yakini, pada aku...adalah lebih molek kiranya anda dan anda berkempen dengan cara menyatakan kehebatan dan kemampuan parti anda tanpa perlu memperlekehkan parti lawat..

ada insan ini yang mengatakan, "aku ni bukan apa, share kat org supaya orang tau parti A ni teruk, fitnah pemimpin parti B, makan duit orang..bla..bla..blaaaa".....sedarkah anda dan anda, dalam keghairahan mengempen, anda turut memfitnah parti lain??khabarnya parti A jahat guna taktik kotor dan memfitnah, tapi parti B buat benda sama gak, shared fakta yang belum tentu sahih. pic yang diedit. kata kata kasar dan kesat..arghh!!mana - mana parti adalah sama. setiap pimpinan musti tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. aku turut percaya, mana mana parti yang memegang tampuk pimpinan turut akan bertindak sapsapsoi sama saja.

tapi ini bukanlah bermaksud aku LANGSUNG TIDAK tahu perkembangan politik, tapi aku lebih cenderung melihat dan mengkaji tanpa perlu menghentam dan meng"share" secara membuta tuli...tidak perlu memaki hamun.tambahan pula kalau anda adalah pelajar yang baru pertama kali nak mengundi. aku yakin, biar sebijak mana anda sekalipun, tidak semua bidang anda kuasai. anda doktor, adakah anda hebat membancuh simen buat rumah??....anda lawyer, adakah anda hebat menganyam tikar mengkuang??kesimpulan di sini, biarkan mereka yang ahli menilainya tanpa perlu kita yang baca fakta fakta yang belum tentu sahih untuk menilainya. dan memaki hamun macam anda lebih hebat dari dr M yang puluhan tahun mentadbir negara??

ohya, biar apapun, pegangan agama adalah yang paling penting untuk dititikberatkan. jangan sesekali mempertikaikan kesahihan seseorang itu bersumpah kerana pada aku, biar apapun..dia masih berani untuk bersumpah dengan nama Allah daripada anda anda dan anda yang hanya hebat bercakap cakap. jika anda tidak salah, sila tampil dan melakukan sumpah yang sama..kenapa tidak???? Allah telah menjanjikan azab untuk setiap dosa yang dilakukan, jika anda adalah dipihak tidak salah, mengapa tidak mahu melakukan sesuatu yang langsung tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri melainkan kemudaratan kepada kepentingan diri sendiri sahaja?? ada yang mengata, "alaa...sumpah sekarang orang buat main ja...."....yup!!tapi janji Allah tidak pernah main main.biar ALLAH tentukan kebenarannya...


YA ALLAH, peliharalah negaraku, MALAYSIA daripada anasir anasir jahat. kekalkanlan keamanan dan kesejahteraan di kalangan kami. eratkan perpaduan dikalangan ummah islam. kukuhkan hati hati kami dengan kesabaran dan keimanan. amin amin amin ya rabbal alamin...

jangan lupa mengundi..supaya tidak menyesal di kemudian hari....ahakz...=)





Sunday, March 10, 2013

ruang peribadi

assalamualaikum...

bila dah start malas nak menulis, maka, penyakit itu terus berlanjutan....hahahha..
ni pun semangat kembali sebab dapat mc 2 hari u'ollss........doc kasi injection kat vontot pastu die soh rehat 2hari.....redho jelaaa haku..=)..hhehehehehehe..buhsan dari xbuat pape, so mari menulis dan mencoret

oh yess!!aku nak bercakap sket bab hak ruang peribadi...
pada aku..ruang peribadi ni sangat besar cabangnya..
tp aku emphasize ke sudut beratur...

kalu beratur nak amik duit kat atm ke, nak deposit kat machine cdm ke ape ke...aku paling munci orang berdiri dekat dekat..sebab tu ada line merah sebagai tanda jika anda lebih garis ini, anda telah mencabuli ruang peribadi orang tu..hahahahha...over statement!!sebab aku paling xsure orang bergesel gesel masa beratur..nak nak plak jantina berlawanan..uishh!!geli geli....

baru baru ni masa aku blk cuti CNY kat terengganu, mase line up nak masuk toilet...ada laa sorang makcik montok montok badannya..datang beratur dekat aku.line boleh tahan panjang..
makin lama makin dekat die datang ..kekadang terasa nafas die kat belakang kepala haku...

aku gerak lagi depan..menjauhkan diri...die ngesot lagi...paling stress smpai tahap...

bentuk muka bumi badan die dah hinggap blkg badan aku..bukit dua ketul dah bercantum ngan badan aku. kemain lagi aku melentik badan punye nak elak..sbb dah berkali kali aku ngesot nak dekat orang depan aku..tapi makcik ni xpaham aku xsuke rapat rapat...
haishh laa makcik..nak ditegur tak kena...tak ditegur aku merana...

apapun..sila beri ruang peribadi kepada setiap individu..saya sokong hak peribadi setiap orang...ehh!!tetiba..hahahhahaha

Monday, October 22, 2012

KEWAJIPAN!

assalamualaikum..

fuhh!!!kagum gile dengan diri sendiri..bulan 10 entry sangat banyak!!..mungkin bulan 10 adalah bulan yang xbanyak nak tulis buku rekod sebab exam..=)ngehngehngeh!!!
siap pinjam koleksi conan anak kawan aku!!ngehngehngeh.......vungukss!!!!!

ok, berbalik kepada tajuk di atas, atas konsep 
  • apa yang dipinjam perlu dilunaskan,  
  • bile orang memberi peluang, jangan mengambil kesempatan,
  • kalu ko xbayar, by the time anak ko lak nak pinjam, baru terhegeh nak merayu segala bagai, 
  • kalu nak melancong or hanimun kat obersee, kang xlepas imegresen plak...


maka aku begitu istiqamah dan tawadduk dalam melunaskan hutang piutang sebelum kontrak baru hutang ngan angkasa bemula...uhukkuhukkk!!!


 adalah diakui aku tidaklaa begitu konsisten dalam membayar. adakala terskip gak laa .penah terskip 4 bulan..=)time nak kawen..kuahahahah..masih berbaki, tp mungkin nilainya tidak setingggi kawan - kawan aku yang lain.Alhamdulillah. bersyukur sangat. kesian tengok yang berhutang 20k lagi..

dalam budget 2013 ada cakap, kalau mahu bayar secara lamsum, akan dapat potongan 20%...cantekkk sgt laaaa..maka, marilah kita merebut  tawaran keemasan lagi berkilauan ini.

Thursday, July 12, 2012

menggeletisssss!!

note : meluat n jijisssssssssssss!!!


dulu aku pernah bekerja dengan sebuah bank ni..oleh sebab aku bekerja di main branch, make, aku slalulah di campak keluar untuk buat promotion bagi pihak branch kecik- kecik ni.bile dah dicampak keluar untuk bertemu pelbagai client, developer, valuer, n lawyer, sahihlaa aku mempunyai berkotak-kotak stok name card..until now, aku still ade 2 full box name card..=)


bile dah name card asyik diberi kepada pelbagai orang..inilah akibatnya.


dijadikan cerita, satu hari tengah aku bersantai membaca novel, tup tup ade satu panggilan dengan kod kawasan 08....ehhh??ni bukan blah sarawak ke??....sape nk kol lak..salah nombor kot..angkat jelaaa!!


"hello, ni cik nurul iman illyas ke???"..
"ye saye....."
"cik ni keje bank tuttttttttttttttttttttt kan??"
"eh???xlaa..saya dah berhenti keje situ lame dah..dah lebih 4 thn rasanya.."
"ha'aa..btol laaa tu.anak saya pun dah 4thn dah kat uitm..dah habis dahhh.."


aku blurrrrrrrrrrrrrrrrr...sape die nii??aku pun tanya laaaa


"maaf ye??sape ni yeee???"
"ni abang razak ni...abg razak dari kuching.dulu cik nurul bagi kat kad saya sbb time tu cik nurul buat promosi. saya ingat lagi muka cik nurul walau dah lebih 4 thn....blaaa...blaa...blaaaaaaaa"




ehhh!!semcm je pakcik niiiii


"cik nurul dah kawin??"
"dah!!"..**tone dah lain dah time ni...hormat masih ada
"anak brapa??"
"anak dah 2"***hentam kasi nampak dramatik..
"ohh, suami orang mana??"




over nampak ko pakcikkk!!!!


"maaflaa ye encik. itu hal peribadi saya.xperlu kot nak tau....."
dangggg!!!sebijik aku kasi kat muka ko pakcik gatai!!!!




anak dah nmpak sebaya ngan aku.ada gilaaa kaa nak ngorat2. geletissss bulu ketiak makk!!!!
geliiiiiiiiiiiiiii!!!!!!.......blueeekkkkkkkkk!!


kekadang hormat perlu ada pada tempatnya.kalu kess camni, memang maaflaaa...lagi tua, lagi merenyam kot!!!!

Tuesday, May 15, 2012

selamat hari guru

note:  agak panjang entry ini!!!


holooo...holooo...sweet sgt lagu ni!!i likesssssssss




entry ni adelaa fresh, published sebaik habes ditype..hohohohoho....almaklumlaa,banyak mase arini, RPH xperlu buat. ezoe lak harini angiin puting beliung mane ntah, dlm sehari nak jadi chong wei, pastu nk jadi safee sali gakk!!..balik kang, kalu semput, aku balun lagi bagi kayu hokii!!hah!!ko jadi minarwan lak.slagi xsubuh, toksah bentii!!!gatai sgt nk main over2 pas lame dok membela perut kan???


ehh ehh...terbabas ke jalan mane lak nii????


it's teacher's dayyy!!it was my 4th timess hokeyy!!!osemm!!!
ape yang anda mahu tahu pasal dunia perguruan??
perlu buah rph, perlu semak buku latihan, perlu buat kertas soalan, perlu buat kelas tambahan, perlu menjalani kursus semasa cuti sekolah, perlu melatih murid untuk sebarang permainan.mungkin, semua itu adalah kebiasaan keperluan kerja untuk guru.


tp, adakah anda sedar tugasan diluar norma yang org lain tak nampak??
meh rapat rapat, meh dekat dekat, aku mau cerita ini malam...




kami para guru, kebiasaanya hanyalah hanya diajar tentang bagaimana untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran (PnP) secara berkesan. yupp!!itu tugas hakiki kami, tp kami kebiasaannya diarahkan melakukan kerja aci hentam keromo je!!




kalu guru pendidikan khas mcam aku ni, adakah korang beranggapan, guru ni mampu mengingati nama ubat dan kaedah ubat itu perlu digunapakai????? selain mengajar, murid perlu diberi mkn ubat**tuk kes tertentu**.kalu kasi pil, aci telan or ubat air aci minum je, xde hal...tp kalu kasi ubat soh cucuk ikut vontot??ko ade brani nak buat kat anak org tanpa g kursus??tetb ko sumbat ubat ikut vontot tup tup ubat kuar ikut pusat??acanerrr???ehh!!!melampau tol imiginasi...hahahaha.


kekdg bile perlu key in data murid, pelbagai apps dr perlbagai pihak yang memerlukan maklumat sama tp tidak dilinkkkan...apekahh???sekarang, mmg sume moden, tp kalu xlink info, xpe kejadah ini sume??guru keje die lebih byk kearah pengkeranian. bayangkanlaa, beramai ramai guru di msia yang perlu mengakses apps dlm satu masa, xke hang bende alah tu??bile waktu siang xleh akses, tgh mlm kul 2-3 pagi, guru terpaksa bgn tuk meyelesaikan proses meng key in data.erghhh!!!!!


paling terbaru, program guru penyayang yang dilancarkan. bayangkan, guru perlu menyambut kedatangan murid di pintu pagar sambil tersenyum mesra dan mengalu -alukan kedatangan mereka  ke sekolah.ala- ala tuan rumah kenduri menyambut tetamu dtg. cikgu tu ada anak sendiri yang mungkin bersekolah kat sekolah lain, perlu bergegas menghantar ANAK SENDIRI di muka pintu dan bergegas ke SEKOLAH untuk menyambut ANAK ORANG LAIN dengan senyuman mesra di PINTU PAGAR!!!cikgu kene ade kat sekolah paling lewat kul 710 pg tuk smbut budak, abes,anak sendiri kene lempar depan pagar sekolah lain sesudah subuh???apekahh???tidak hanay abes disitu, bile time nk balik, guru kene melambai -alambai tangan smbai mengatakan, "selamat jalan, jgan lupe buat keje rumah.esok cikgu nk semakk!!!".abess...anak cikgu yang berada disekolah lain tu terpaksa menunggu lameeeeeeeeeeeee secara bersendirian sbb mak die sibuk dok mengalukan dan melamabi anak org lain??bagi aku memang xlogikk!!!...tp sebab aku lum ade anak semdiri, org kasi arahan...redho jelaaaa!!!


ok cmnila...aku kasi konklusi secara am kerja guru hokeyy!!!




0630-0730 : bergerak ke sekolah masing - masing.termasuk menghantar anak sendiri
0730 -1400: selesai sesi persekolahan di sekolah 
1410-1500 : selesai kelas tambahan intensif
1630 - 1800 : latihan permainan/persatuan/latihan sukan
1800 - 2000: SESI BERSAMA KELUARGA
2000- 2200 : kelas tambahan malam
2200- 0030 : semak buku/buat rancngan mengajar
0030 - 0200 : keyin data online
0200-0500 : tidur
0500-0630 : siapkan sarapan/bersiap ke sekolah
0630: ke sekolah.




amcam???bile mase cikgu bersama keluarga????tu pun ade parents komplen lagi, anak die lemah..cikgu xmengajar.tp bile anak die berjaya???sangat sikit bilangan parents yang datang menghargai guru. 


kekadang, masa guru bersama ANAK ORANG LAIN adalah lebih berbanding ANAK SENDIRI/KELUARGA. tu pun, masih ade ramai guru yang mintak trnasfer xdapat dapat.bayangkanlaa kalu dekat pun susah nk luangkan masa bersama, kalu jauh????arghhhhh!!!...psikologi guru jugak perlu dipertimbangakn kerana kami adalah manusia biasa yang juga ada hati dan perasan.




apa pun, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara ".
semoga ditetapkan hatiku untuk terus berbakti kepada bangsa dan negara.



SELAMAT HARI GURU , 16 MEI 2012



Monday, August 15, 2011

tazkirah ramadhan..=)

assalamualaikum....
**mode ramadhan...so here sum info i think i shud share wit all da readers out there...")
since i've been independent traveller for quite sum times....so...mmg banyak persoalan yang timbul esp yang related tentang agama...not trying to show my pious mode, tp..xsalahkan nk berkongsi...almaklum, skrg kan musim posa, so.....amal jariah laa ni...miahahaha


ok..here som sort of ques  yang aku de tanya kepada sorang rakan sekerja bergelar ustazah aka guru tasmik lulusan UIA n ipg kampus ilmu khas...**mgkn ade yang tau dan mgkn ade jugak yang xtau....iyo  dak???




da ques goes like dis......

  •  s:  kalu aku ni kerap berulang...contohlaa..evry wekend musti aku travel g kl..to n fro penang kl...adakah aku layak tu wat solat jamak n qasar walhal umah kat kl tu umah aku n ezoe tp kat penang ni umah mak aku???
  • J : BOLEH sebab kite kene tengok dekat mane lebih lame kite berada. dlm kes hg ni, hg lebih lame berada di penang berbanding kl walaupun umah hg kat kl..jadi, mmg boleh. macam kes kite kalu tinggal kat asrama. kite lebih lame tinggal di asrama berbanding rumah..jadi, kalu kite balik umah, kite leh wat solat jamak n qasar TAPI dengan syarat melebih 2 marhalah laa....

  • s: katekanlaa aku gerak dr penang pas solat zuhur n sampai kl mase solat asar..leh x aku wat solat qasar je??since aku dah wat zuhur mase kat penang??slalu nye jamak n qasar comes 2gther..
  • j: boleh sbb jamak n qasar bukannye laa wajib dikembarkan. jamak menghimpun dan qasar memendekkan...jadi..kalu smpai kat kl mase solat asar, perform je solat asar dengan niat qasar. TAPI jgn lak campur adukkan.. kate kan laa mase asar hg wat solat asar 4 rakaat..tp bile time mgrb, hg wat jamak n qasar mgrb ngan isyak lak...tu xleh...

  • s: katekan laa, aku tengah period n period aku habes mase kat kl setelah sehari aku kat sane??leh x aku wat jamak n qasar lepas mandi wajib??
  •  J: boleh..xde masalah. asalkan jgn melebihi syarat 3 hari tu..sehari perjalanan pergi. 3 hari berada di tempat tersebut n sehari perjalanan balik...

soalan bonus....wink...winkk..")

  • kalu la kite ehem..ehem mlm tu, adakah kite perlu bangun awal tuk mandi wajib seblum masuk waktu imsak??
  • j: xperlu laa gigih bgn kul 5 pg nk mandi wajib....mandi je pas sahur.contohnye mandi dlm kul 615pg pun ok..walau kite xmandi wajib pun, posa still on cume kalu xmandi wajib tu..hg xsolat subuh kaa???mandi wajib tu  tuk membolehkan kite bersolat. mandilaa kul bape pun asal sempat solat subuh...   


 ***berkongsi ilmu dengan para LDR couple cam aku...")

Tuesday, July 12, 2011

petua menjadi suami dikagumi isteri...

thankz to amal megat, for dis info...
shud be shared..")
copy n paste je......
panduan untuk aku dan ezoe...dan juga tuk semua suami isteri...")


1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan atau mesej itu.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elak berbual perkara melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda tampan, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tidak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami misali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja atau tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Ingatkan isteri lakukan sembahyang fardu dan sunat.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara dan berteras iman serta takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isteri. Adalah diharap kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang tertulis di sini.

Thursday, June 16, 2011

sekadar berkongsi ...


PERUBATAN CARA ISLAM

::......RACUN HALUS......::


sape ade tengok al- kulliyah minggu lepas (jumaat, 10/6/2011)??topik yang dibincangkan memang menarik n best..ustaz jemputan pun memang best...terpacak aku sorang - sorang depan tv dok dengar....kebestannya itu tergambar dengan nota- nota ringkas yang sempat aku amik hasil ceramah tersebut...wahhh!!!siap ade demo rawatan...mmg best!!inilah cara terbaik tuk mearik golongan muda mendengar kuliah....mantopp!!!

topik yang diperbincangkan pada minggu itu berkaitan rawatan islam tuk mengubati gangguan santau oleh pengasas rawatan islam , SINAR ZAMDURRANI.......tidak dinafikan, manusia semakin cetak pemikiran hingga sanggup menggunakan pendekatan hitam camni tuk membalas dendam semata...aigoooooo!!tp, yang lebih teruknya, ada jugak insan - insan yang terkena santau secara tidak sengaja. contohnye, die termakan makanan yang disantau atau terkena angin yang mengandungi santau..uuisssshhh!!scaryy weyy!!...tak ke naya gitu je...

so, cmne kite nak mengelakkan diri dari menjadi mangsa keadaan??so..ni ade beberapa maklumat penting yang aku nk share laa hasil ceramah al -kulliyah aritu...sharing is caring lol~...")


  1. TANDA -TANDA AWAL TERKENA SANTAU
tanda - tanda ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu ketika sedar dan ketika tidur...
  • ketika tidur :
- bermimpi berkaitan ular
- bermimpi seakan terjatuh dari tempat yang tinggi...
- bermimpi dikejar binatang berbisa
- bermimpi diancam atau ditikam dengan benda tajam seperti pisau atau pedang
- bermimpi didatangi baby dan bukan babi <---ustaz tu yang cakap..")
- apa bila tersedar dari tidur, ada bahagian yang lebam..tp, pesanan ustaz , **bagi yang lebamnya di leher....sile rujuk suami anda dahulu.....whahahaahahah, chuimeill tau ustaz ni wat lawak!!

  • ketika sedar
- batuk yang berlarutan untuk tempoh yang lama
- batuk berdarah
- sentiasa berasa sakit dan lenguh pada sendi atau belakang badan
- period atau datang bulan yang tak menentu
- bagi yang mengandung, kerap mengalami keguguran pada 3 bulan pertama
- nafas berbau
- kuku dan bawah mata lebam dan kebiruan
- gatal dan miang di seluruh badan, tp bukan penyakit eczema..")


2. KESAN SANTAU TIDAK DIRAWAT

- jika dibiarkan berlarutan tuk tempoh yang sangat lama, mampu membawa kepada kematian...INSYAALLAH
- kesihatan sentiasa tidak baik dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit..

3. TIPS UNTUK ELAK SANTAU

- amalkan membaca surah AL- FATIHAH
- amalkan membaca AYAT KURSI
- amalkan membaca surah AL-FURQAN ayat 23


tulaa antara panduan dan tips yang sempat aku amik selama sejam bersiaran....ustaz yang memberi ceramah memang beshh!!...jadi, tuk keterangan lanjut, sila layari sendiri laman sesawang ustaz tersebut dan rakan rakan, SINAR ZAMDURANNI.....


**sekadar berkongsi, maklumat khidmat masayrakat...")


Thursday, June 2, 2011

jaminan kehidupan...=P

::::...........ETIQA INSURANS....:::


sejauh mana anda semua dpt meyakinkan diri sendiri bahawa tiada kemalangan bakal terjadi???tidak mungkin.....kunfayakun....maka, jika DIA berkehendakannya terjadi, maka terjadilaa....makanya...sejauh mana anda bersedia menghadapi kemungkinan??duit dlm bank cukup??kalu kalu anda teradmit dlm wad....kalu perlu immediate operation, de ongkos mencukupi??ye betul, ALLAH penentu segalanya...come on laa....kite manusia harus berusaha tuk menyiapkan diri menghadapi segala kemungkinannya....Owhhh!!ngeri gak akuu!!cam persoaln di alam barzakh lak....owhh!!insappp.........=(..........insap.....=(.....


dengan keinsapan yang timbul....berbekalkan dua hati nyawa dua hati...maka, kami berdua melanggan insurans di bawah..=)...yappedaaaa...walau aku dah memiliki insurans persendirian under PRUDENTIAL insurans...tp ini lain okeyy...ini kalu korg berjanji sehidup semati ngan hubby korg, maka...langganlaa segera...wahahhahahaha...=)





etiqa insurans dari maybank...


both name stated..=P


kenapa aku melanggan insurans ini walhal aku dah de insurans nyawa yang lain???



  • bukanlaa kerana aku de duit lebih tuk ku tabur tabur...owhh!!tidakkk!!!....kerana....carumannye sgt sedikit tuk dua org...=)..berapa???hnya RM66 tuk 2kapla.....murah bukann????




  • kalu anda sudah beranak bagaimana???yappedaaa....xde hal punye..cume perlu kol hotline dan upgrade package...caruman bertmbh, dari RM66 ke RM78 tuk suami, isteri dan anak...jika anda beranak dan beranak lagi bagaimana??xper.insurans akan terus mengcover anda dan anak - anak hingga anak yang ke-5..caruman tetap same, RM78....=)




  • kalu satu insurans tp byk kepala....let say, 4beranak yakni...suami, isteri dan sepsg anak...cmne insurans ini cover??senang bai.....insurans ni xkeyra secara perkongsian...yakni...semua akan mendapat hak yang sama iaitu, "gaji" kerana tinggal di hospital sebyk rm250 sehari maksima selama 90 hari setahun..=)dan insurans yang standard seperti pampasan hilang upaya.....dan blaa..blaa...blaaa




  • sekian..=)



***pesanan ikhlas dr masyarakat..=)..sekadar berkongsi maklumat





Monday, February 28, 2011

Kanak~kanaK IstimeWa

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

tarikh : 23 Februari 2011
tempat : Pusat Kokurikulum Negeri, Jalan Muhibbah, Bukit Mertajam, Penang
Peserta : Murid - murid Pendidikan kHas Masalah Pembelajaran
Kategori : Hyperaktif, autisme, Down syndrome, SpeecH delaY, LembaM
Aktiviti : merempuh halangan dan Flying Fox

  • apa itu terapi pergerakan kreatif?
terapi pergerakan kreatif adalah salah satu dari terapi yang dijalankan kepada murid bermasalah pembelajaran. terapi ini melibatkan pergerakan lokomotor halus dan kasar yang bertujuan menambahkan lagi kemahiran mengawal lokomotor kerana rata- rata murid khas tidak berupaya mengawal pergerakan motor mereka dengan baik.
  • tujuan terapi ini dijalankan untuk murid istimewa
selain membantu mereka meningkatkan kawalan ke atas lokomotor mereka sendiri, terapi ini mengabungkan terapi main.Murid melakukan pelbagai aktivit yang melibatkan pelbagai pergerakan selain mereka terhibur dan bermain. selain itu, terapi ini juga meningkatkan keyakinan dalam diri mereka serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi serta mengurangkan rasa malu. ada antara murid istimewa yang berhadapan dengan masalah gagap atau kesukaran becakap, berasa rendah diri apabila mereka sering diejek serta di pandah rendah.
  • mampukah murid- murid ini melakukan aktivit lasak sebegini??
diakui..tidak semua aktiviti ini mampu dibuat oleh mereka bersendirian. kami, apra guru membimbing dan memberikan keyakinan bahawa mereka mampu membuatnya. bahkan, jurulatih pusat ini juga kagum dengan keupayaan mereka melakukan sendiri aktiviti flying fox. terdetik sedikit rasa kecewa, kerana ada insan memperlekehkan kemampuan anak -anak istimewa ini
  • tanggungjawab masyarakat kepada insan istimewa ini
membantu golongan ini serta tidak memperlekehkan kemampuan mereka. kami, guru - guru pendidikan khas berusaha keras membawa golongan ini setanding ngan manusia normal, namun..tanpa sokongan masyarakat diluar...sejauh mane usaha kerajaan membantu golongan ini tercapai. bagi yang berminat membuat kebajkan, bolehlah mendaftar di mana- mana jabatan kebajikan masyrakat.. sebagai sukarelawan..sekali anda mendajdi golongan ini, anda pasti dapt rasakan keinstimewaan mereka...PERCAYALAH!!
  • sebarang pertanyaan
aku??sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan sebagai guru pendidikan khas selama hampir 4 tahun..kalu nk tnye pape atau berkongsi sebarnag pengalaman...silelaa berbuat demikian..=)

::.....GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI DIJALANKAN...::


aku sekadar menjadi pembantu..sob..sob...
dah dilarang membuat aktiviti lasak...
DARAH MANIS...huhuhuhuh..
membantu memakaikan alatan keselamatan
...TAN YU YING, Down Syndrome...

sebelum menaiki bas..
nampak dak y galas beg biru mengadap kete tu??
tu die tgh merajuk sbb die xnak naek buas skolah..nak naek bus perlancing sbb kebiasaan kalu kami kuar..kami naek bus perlancongan..kali ni nak save budget..")
adengan merajuk..nangis...memang biasalaa..dah lali~
**si beg biru, ALIFF HAIKAL, AUTISME

pic kecik tu..de dak yang baju merah hitam tu...
ni budak hyperactive...see see...bape ramai guru kene keliling die..skali lepas..mmg tak terkejar..=)

sekitar aktivit memanaskan badan

FLYING FOX..
merempuh halangan
selesai melakukan aktiviti
**pic kecik tu..alif haikal y majuk awlnye td..tp hepi pas leh wat sume aktiviti...=)


sekian!

Saturday, February 19, 2011

it's all about my wedding..")..

it's all bout numbers related to my wedding...ohhh noo!!im getting married VERYY SOON...

  • kami berdua berkawan lebih kurang sethn sebagai kawan TEMAN TP MESRA pada awal 2008 kemudian mula miang miang bercinta keyra -keyra sethn kemudian sebelum terus mengikat pertunangan pada 05122009..owhhh!!kami melalui alam pertunangan yang agak mencabar lebih kurang sethn suku..")..kau cakar aku..aku cakar kauu!!..ngehngeh!!riskkyy toll!!tp akhirnye...we made itt!!
  • im getting married less than 25 days which is planned to be on 13 march 2011..biar betikk!!..terkezut aku...huhuhuhuhu cam xcaye lak...setelah beberapa kali kegagalan mencari tarikh yang sesuai
  • aku berkahwin pada usia yang aku tetapkan tuk kawen..iaitu 25thn..")..im used to put a limit to myself...walhal pada thn ini umr aku dh 26thn..supposed to be laa...tp lum birthday..but mr ezoe already turned 26..")..tercapai gak hajat nk kawen ngan org lebih tua..wahahah!!yezza..aku gila bulan..")
  • kami bakal dinikahkan pada hari yang sama, 13032011 pada jam 10pg di sebuah teratak ayahanda dan bonda ku di PENANG..
  • 11 vs 9 itulah dulang hantaran kami...owhh!!akuu buat sendiri jugak kali ni...")kunun nk ganti SSF laa..wahahah...xhengat nye berangan!!
  • jumlah wang hantaran???oppstt!!rahsia...yang pasti..kami berdua mampu menjalankan dengan duit kami sendiri tnapa penggunaan LOAN mahupun KAD KREDIT...yeeeHahaa!!..cukuplaaa dengan ape yang mampu...dun have to spend on sumthing which is unnecessary...save it for somthing worth at all...xperlu branded designer tuk bhgie..")ade kaitan kah??wahaaha
  • 27032011 menjadi pilihan tuk majlis kenduri di sebelah pihak lelaki di terengganu..")
  • memandangkan mjls pihak ezoe bukan pada musim cuti sekolahh..maka kuberdoa...moga diperluluskan cuti akuu!!huhuhuhu...GB, tolong approve cuti kawen saye..saye bukan rajin apply cuti pun..")
  • aku juga sudah bersdia mental dan fizikal tul menempuh perjalanan hmpir 8 jam..PENANG VS TERENGGANU...ngehngeh!!..tu lum masuk jammed mase blk raye..wahahhaah!!kematu vontot...flite plzz..")
  • bile sudah kawen..kami merangka tuk memiliki rumah sendiri...i'll make sure we'll have our own dreamz houz within 3years...nape aku letak 3thn??abes xkan masuk umah ko nk golek dr pintu depan smpai pintu blkg tanpa ade perabut??uishh!...idoklee teman..so itulaa gunenye ACCOUNT BERSAMA!!..haiitt!!..").."yayang teringin sgt wat konsep ikea...")..huhuhuhu...
cukuplaa tuk kali ini dlu....byk lagi doorgift menanti tuk diberesin...huhuhu!!
berpinaQQ bijik mata chekk dok telek bende tu jaa....!



count down..less than 25 days to go...huhuhuh

Thursday, February 17, 2011

fakta harus tau...")


taddaaaaa~~
here comes da list
fakta harus tau tentang rahsia ais dan air sejuk

  • air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia tuk kembali tidur seperti biasa
  • org yang tidur dlm bilik beraircond dan berselimut untuk memanaskan badan adalah kombinasi yang baik tuk jangkamasa pendek dan pnjg
  • ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat lupa seseorg
  • air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam
  • air sejuk dlm rahsia cuka adalah baik untuk menguatkan tulang dan cepat menyembuhkan tulang yang patah
  • air suam dgn rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama lumpuh
  • air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi
  • air sejuk meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan
  • air sejuk mempunyai rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila koma untuk kembali sedar
  • mandi air sejuk menguatkan tulang


maka..itulah beberapa senaarai kebaikan air sejuk dan ais
NAMUN...
siapalaa aku tanpa maklumat dari paper harian metro, isnin 7Februari 2011
siapalah aku jua tanpa keyboard tuk menaip semula dan mengedit sedikit ayat yang di ambil dari paper...
siapala aku..selain seorang manusia yang menjadikan blog medium menyebarkan maklumat..")
yahhh!!aku bangga sebagai GURU ..=)
sekian..::


Saturday, December 25, 2010

Dari biLik berita.....






assalamualaikum
sari berita utama


kepada bakal - bakal mempelai mahupun bakal pasangn y sedang hangat bercinta, pastinya anda menginginkan sebentuk cincin pengikat janji setia antara anda dan pasangan. Tidak hanya terhad kepada mereka yang baru memulakan perhubungan, ianya turut menawarkan khidmat kepada pasangan mempelai lama yang inginkan cincin baru...untuk itu, kini...saya bawakan anda kepada mereka yang telah menggunakan khidmat ini.....


"amatlah saya berpuas hati dengan khidmat yang diberikan..bukan sahaja kite boleh menempah mengikut cita rasa sendiri, malahan..harga yang ditawarkan cukup berbaloi denagn bajet kita. khidmat penghantaran juga disediakan..memamng terbaik dari ladang laa servis yang diberikan"

-pengguna lama, cik Iman & mr Ezoe-

*






*









*





*



tahpape je laa buletin utama kat atas tu...=)
aku sekadar ingin berkongsi...pengalaman mencari cincin terutamanye untuk kaum lelaki memang terasa nak menyumpah - nyumpah...
design di kedai2 ternama seperti...tuutt.....tuuttt~...sgtlaa kurang tertarik dan deboom...kalu yang suke tu...memang rase nak g boomkan bank jelaa tuk bli cincin tu...bukan nk berkeyra..tapi..kenyataannya, cincin lelaki lebih payah nk cari plus...depa ni, cerewet mengalahkan wanita...

  • awat cincin ni ada lubang..ni xdak lubang??
  • awat batu ni lagu ni??
  • kalu batu camni, tapi nk kaler gelap sket leh x??
  • kalu kosong sangat...nmpk cam cincin silver ja??
  • awat ni lebaQ sangat size dia??
  • awat ni macam design pompuan jaa...
  • ishh!!macam ~ macam omelan lagi.....
fakta ini juga diakui sah oleh para penjual cincin.....oleh yang demikian, khidmat menempah cincin seperti picca di bawah :



chanteQQ bukan??




mahupun seperti barisan cincin ini


bahkan yang berwarna sebegini

boleh lah dibuat
tuk lelaki juga terbuka....malangnya...set design cincin lelaki xdpt diupload
**psttt!!...nanti kantoilaa design cincin lelaki y saye tempah tuk ezoe...wahahahah


apa pun..nk engrave name kat cincin pun available...
costnya??..ditentukan oleh pihak itu sendiri sama ada mahu bape..4oo kebwh...500 kebwh...1K ke bawah??...
sume xde hal....

**pas saye kawen..saye akan upload contoh cincin y telah saye customize tuk yang terchenta, Mr Ezoe...whaahahhaha...

maka, kepada mereka yang berminat nk close deal..bolehlaa berbuah demikian dengan menghubungi saye di email

cadbaeryls@gmail.com


sekian berita dari balai berita..")


klik..klik..")