Followers

Thursday, November 15, 2012

pendidikan khas

assalamualaikum....

lama sudah xde entry ilmiah.cewaahh!!meh kita buat satu entry yang bermanfaat untuk seluruh alam semesta sket..miahahahaha...ok, entry kali ini untuk berkongsi sedikit maklumat berkaitan anak-anak istimewa. jujur, segala maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan selama aku bekerja, belajar dan berkursus. mungkin sekadar maklumat ringan untuk pengetahuan bukan sebagai rujukan nak berthesis bagai..hadoo kee???ehh!!hahahhahaha..sekadar berkongsi ok??

aku adalah seorang guru SK opsyen pendidikan khas masalah pembelajaran. di sekolah kerajaan ada 2 kategori pendidikan khas. sek keb pendidikan khas( skpk) penglihatan dan pendidikan khas(PK) integrasi. 
integrasi ni bermaksud, dalam sekolah biasa, ada kelas khas  macam prasekolah gitulaa...kalu SKPK, dorang ade sekolah sendiri sebab keperluan lain. PK integrasi pulak terbahagi kepada 2 gak, pendengaran dan masalah pembelajaran. aku hanya fokus kepada PK  masalah pembelajaran ataupun learning difficulties (LD) sebab itu adalah dunia aku bersama anak-anak istimewa..=)

dalam PK LD ni, ada banyak kategori muridnya.antaranya :

  • autisme 
  • down syndrome 
  • ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) 
  • hyperactive
  • lembam
  • dyslexia
  • hypoactive
  • pintar cerdas
  • ceberal palsy
  • terencat akal
  • dll
murid murid ini ditempatkan dalam kelas mengikut tahap perkembangan otak mereka. kalu yang bijak tapi xpandai urus diri, kite hantar ke inklusif.sama ada separa inklusif ataupun inklusif penuh. inklusif ni maksudnya murid khas mengikut p&p di aliran perdana. kalu separa tu, cikgu pend .khas akan follow murid ni masuk kelas biasa bila subjek teras.in case ade bantuan yang murid ni perlu. kalu  full inklusif ni, memang murid ni kita kan pantau, tapi jarang sebab die dah boleh berdikari dan menguruskan diri.

dalam kelas PK, murid diajar untuk menguruskan diri. tidak terlalu bergantung dan bersedia untuk bekerja bila besar. fokus utama bukanlah nak score dalam pelajaran. kalu murid ini bijak, itu adalah bonus.=) 

subjek yang diajar masih sama dengan aliran biasa. matematik, b.msia, agama, jqaf, pend. jasmani dll..cuma, ada beberapa subjek tambahan seperti pengurusan tingkahlaku , pengurusan diri dan kemahiran manipulatif.fuh!!kalu nak bercakap bab subjek ni, memang byk laa...mungkin dalam entry lain plak yeee...=)kalu rajin..miahahahha

kesukaran kami para guru PK cuma, murid pelbagai kategori diletakkan mengikut perkembangan otak.. murid ni mempunyai pendekatan yang sangat berbeza.huhuhhuhu....itu cabaran untuk para guru. tp paling sedih, bila ada segelintir parents yg macam xheran je kat anak istimewa ni.tp, aku salute dekat group SUPERMOMMIES..golongan ibubapa yang sanggup berhabis untuk anak- anak istimewa..

murid istimewa ini sangat cute and adorable.aku memang sangat enjoy dengan kerja ni.tidak penah sedetik berfikir untuk tukar opsyen. kalu nak sambung blajar pun, xnak wat double opsyen. nak amik master in psikologi/ terapi.....=)

ok kasi haplod lagi satu video ok...

video ni aku amik masa guide murid khas, autisme tuk jawab soalan exam.
kekuatan utama cikgu khas aku yakin adalah kesabaran.yup!!!kapsodbaroalipnun
kekadang respon memang luar dugaan.bertabahlah wahai hati seorang guru

No comments:

klik..klik..")