Followers

Tuesday, November 27, 2012

keperluan

assalamualaikum.

sharing is caring...


ini adalah keperluan aku sebelum tido.
  • jerslin oil : khusus tuk sapuan badan.hilangkan lenguh, baik tuk lelaki dan perempuan.bau die menyelesakan.aku suka..penah aku sakit gigi xtau nak buat apa.aku titik minyak jerslin oil ni kat facial cotton n letak kat gigi yg sakit.alhamdulillah lega.
  • tiger balm : slalu bawak merata.slalu dalam handbag.tuk emergency!!
  • catalyst vco oil : tuk kulit n dalaman. membaiki pencernaan dan memberi tenaga. aku lebih bertenaga bile makan vco ni.natural tanpa bahan kimia. sabiji pagi, sebijik mlm.
  • tumbler air: aku ni kene mkn mcm2 ubat. so musti ada tumbler air dlm blk n dlm handbag
  • scholl heel repair: xde dlm pic. tumit jenis cepat pecah..aku sapu sebelum tdo.



Thursday, November 22, 2012

kenduri: family bonding time!

 assalamualaikum!
family bonding time!!welcoming my new biras.......
kenduri menyambut menantu....so, im coming home........sok pagi, kene kuar awal..seawal 430 pagi aku rase tuk catch flight. xmo xmo tertinggal flight cam hari tu dah..=)
letih bai nak drive balik terengganu plak..

PHOTOS TAKEN BY :




muda belia lagi dorang ni.baru 24 tahun.
kawan lame tau ,8years..
alhamdulillah kekal ke alam perkahwinan.
sama- sama menuntut kat japan,
so another family plan trip adalah ke JAPAN!!
sila gigih kumpul duit.....nghengehngeh


owhh!!for sure lelaki itulah adik ezoe. ni kira menantu mak mertua aku yang ke3.aku sulung, pastu baru abg ipar aku kawin, n skrg adik ipar aku.makin meriah family mertua aku!!!


owh yaa!!picture ni time solemnization. yup!!im not in da picture sbb aku xleh cuti.esok mase majlis kenduri baru aku smpai dari penang.sobsob..sob...
oklaahh!!mau amik nafas, sok smpai  umah mertua, banyak keje mau buat.dahlaa aku tak tolong pape, shari seblum kenduri baru sampai.sehari pas kenduri plak dah blk..aiyakk!!!tulaa laki i, xfikir mase amik tix.....aiyakk!!!

Tuesday, November 20, 2012

resipi mudah : biskut telur

 assalamualaikum,
kuking-kuking bersama cik iman kembali...ehhhh!!!**macam hebat masak...
hahahahahaaha..
tapi bab memudahcara memasak memang leh serah kat aku.teror ok!!
kali ni resipi breakfast paling mudah tapi sedap..mudah cepat mesra danbetull!!..


instant resipi : biskut telur


bahan mudah saja, beberapa biskut kering dan sebiji telur.
bahan tambahan lain seperti daun sup, cili merah dan bawang
( cam nak buat telur dadar )


kaedah pembuatan:
pecahkan telur dan pukul sehingga kembang.tambahkan perasa (garam dan lada)
masukkan bahan tambah seperti dinyata diatas kalu nak warne sket.aku pemalas.kosong je!!
pecahkan biskut  secara rawak tp jgn hancur.gaulkan sebati ngan telur
panaskan minyak sikit dan masukkan dlm kuali campuran tadi
kacau rata sehingga telur masak.
tadaaaaaaaaaaaaa, siap.cepat dan sedap..kurang 10 minit.
leh mkn begitu saja atau cicah sos.sedap weyy!!!
ikut tekak aku laaa...
**gune butter biscuit lagi best sebab de rase lemak-lemak butter..

Friday, November 16, 2012

pancit ke pancat???

tarikh : deepavali/off day/dating day
masa : 6pm
lokasi : teratakkecilku ampang

aku baru check in ampang hari isnin, jadi hari selasa setelah seharian bermalasa, kteorg decide nak jalan-jalan dekat wangsa walk. maka, turun bawah dengan semangat tuk berpoya-poya, tertiba ezoe menjerit, "eh!!tayar pancit!!!"dengg!!!!!!!!!!..it just not our day!!


memang leh leper habis. nak taknak, kene tukar time tu gak, kalu tak, hancur rim!!

ezoe bersungguh - sungguh nak tukar tayar.kereta lak dalam parking lot, so, kawasan sangat terhad tuk kerja-kerja pembaikan.

kebetulan, aku pakai wedges.nak jalan ke sana - sini dengan wedges diatas jalan yang tak rata memang bukan kepakaran aku, akhirnyaaa.....




*






*








*
















*
*





*

godek - godek kete cari slipar surau aku xde, tibai jelaa sandal ezoe ni...hahhahahah

part paling susah bila nak kuarkan tayar.berkali - kali tendang xmenjadi gak.rupanya, bila tukar gear ke N, lebih mudah nak kuarkan.lesson tuk akuu!!
kuning beb tayar spare.menyilau time senja.miahahahaah


alhamdulillah, dekat area rumah aku xsampai 300m ade kedai tayar.takut gak tutup sebab deepavali kan??tp, ALHAMDULILLAH

cina ini memang sangat baik.soft spoken n tersenyum je....suke suke suke...=)
camnilaa customer suke

ezoe time ni dah susah hati sebab cina tu kata tayar dah crack sbb BATU dah termasuk dalam.BATU hokey penyebab kecederaan tayar..dahlaa baru 2 bulan tukar tayar..sob..sob..sob!!!
tapi, alhamdulillah, setelah berkali cina ni cuba palam, akhirnya berjaya!!!!!!anda hebat wahai cina!!!!eh???


ok, setel!!!..cina ni siap masukkan balik tayar kat tempat spare
dan charge hanyalaa rm5 !!!!murah!!!
suka-suka-suka!!!

Thursday, November 15, 2012

pendidikan khas

assalamualaikum....

lama sudah xde entry ilmiah.cewaahh!!meh kita buat satu entry yang bermanfaat untuk seluruh alam semesta sket..miahahahaha...ok, entry kali ini untuk berkongsi sedikit maklumat berkaitan anak-anak istimewa. jujur, segala maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan selama aku bekerja, belajar dan berkursus. mungkin sekadar maklumat ringan untuk pengetahuan bukan sebagai rujukan nak berthesis bagai..hadoo kee???ehh!!hahahhahaha..sekadar berkongsi ok??

aku adalah seorang guru SK opsyen pendidikan khas masalah pembelajaran. di sekolah kerajaan ada 2 kategori pendidikan khas. sek keb pendidikan khas( skpk) penglihatan dan pendidikan khas(PK) integrasi. 
integrasi ni bermaksud, dalam sekolah biasa, ada kelas khas  macam prasekolah gitulaa...kalu SKPK, dorang ade sekolah sendiri sebab keperluan lain. PK integrasi pulak terbahagi kepada 2 gak, pendengaran dan masalah pembelajaran. aku hanya fokus kepada PK  masalah pembelajaran ataupun learning difficulties (LD) sebab itu adalah dunia aku bersama anak-anak istimewa..=)

dalam PK LD ni, ada banyak kategori muridnya.antaranya :

  • autisme 
  • down syndrome 
  • ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) 
  • hyperactive
  • lembam
  • dyslexia
  • hypoactive
  • pintar cerdas
  • ceberal palsy
  • terencat akal
  • dll
murid murid ini ditempatkan dalam kelas mengikut tahap perkembangan otak mereka. kalu yang bijak tapi xpandai urus diri, kite hantar ke inklusif.sama ada separa inklusif ataupun inklusif penuh. inklusif ni maksudnya murid khas mengikut p&p di aliran perdana. kalu separa tu, cikgu pend .khas akan follow murid ni masuk kelas biasa bila subjek teras.in case ade bantuan yang murid ni perlu. kalu  full inklusif ni, memang murid ni kita kan pantau, tapi jarang sebab die dah boleh berdikari dan menguruskan diri.

dalam kelas PK, murid diajar untuk menguruskan diri. tidak terlalu bergantung dan bersedia untuk bekerja bila besar. fokus utama bukanlah nak score dalam pelajaran. kalu murid ini bijak, itu adalah bonus.=) 

subjek yang diajar masih sama dengan aliran biasa. matematik, b.msia, agama, jqaf, pend. jasmani dll..cuma, ada beberapa subjek tambahan seperti pengurusan tingkahlaku , pengurusan diri dan kemahiran manipulatif.fuh!!kalu nak bercakap bab subjek ni, memang byk laa...mungkin dalam entry lain plak yeee...=)kalu rajin..miahahahha

kesukaran kami para guru PK cuma, murid pelbagai kategori diletakkan mengikut perkembangan otak.. murid ni mempunyai pendekatan yang sangat berbeza.huhuhhuhu....itu cabaran untuk para guru. tp paling sedih, bila ada segelintir parents yg macam xheran je kat anak istimewa ni.tp, aku salute dekat group SUPERMOMMIES..golongan ibubapa yang sanggup berhabis untuk anak- anak istimewa..

murid istimewa ini sangat cute and adorable.aku memang sangat enjoy dengan kerja ni.tidak penah sedetik berfikir untuk tukar opsyen. kalu nak sambung blajar pun, xnak wat double opsyen. nak amik master in psikologi/ terapi.....=)

ok kasi haplod lagi satu video ok...
video

video ni aku amik masa guide murid khas, autisme tuk jawab soalan exam.
kekuatan utama cikgu khas aku yakin adalah kesabaran.yup!!!kapsodbaroalipnun
kekadang respon memang luar dugaan.bertabahlah wahai hati seorang guru

Monday, November 12, 2012

cuti sekolah!

assalamualaikum...

ehem...ehem...tajuk dah menceritakan segalanya. xperlu dipanjangkan.hanya mengguris hati yang bengkek sebab xcuti macam cikgu cikgi.takpe, setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan.bersyukurlah seadanya...=)

dalam bercuti, kukendong juga kerja kerjan yang menanti.senarai semak, rekod transit, pemetaan, owhh!!..ok xnak fikir.mengurangkan kegirangan dalam hati.apepun, tugas rasmi sebagai istree bermula. checkin di ampang harini dengan demam yang suam-suam sejuk, maka, marilah kita berdondang sayang di tingkat 13 sambil melihat panorama bukit bukau dan keyhelsisi (read: KLCC)
esok baru nak start ikat apron, pegang mop, pegang penyapu , bla...blaa..bla.....
**mungkin kerja bergaji "bercuti" seketika, tapi kerja rumah, hado berhentii???nanhado...........

Wednesday, November 7, 2012

Monday, November 5, 2012

kecewa...=(

assalamualaikum

seryesly, tak tau macam mana nak expresskan rasa hati ini.kecewa???SANGAT!!!!!!!!!tapi, aku yakin, ALLAH tahu apa yang terbaik. mulanya memang terlalu berharap, tapi mungkin ada hikmah bila difikir semula. rumah yang aku masih dalam proses. kalu aku dapat pindah, aku terpaksa berulang agak jauh.kalu mau dekat, lalulah MEX dengan kadar 8henggit pergi balik shari.xmasuk dengan minyak.hurm................................

mulanya, bila tengok result, otak memang blurrrr....
ezoe kol n tanya, napa yang????????zappppp.... terus meleleh-leleh airmata neng yatimah aku!!choiiii....terlalu mengharap tapi atas silap sendiri, aku lupe nak attach surat gynae aku.so, berderai airmata sebab kesilapan sendiri.haiyaaaaaaaaaa!!!!!!
ezoe cube menjadi tabah bila aku lemah.berkali kali pujuk, xpe yang, xde rezeki, tahun depan kita cuba lagi k??xnak nangis-nangis...hukalohhh!!!!drama airmata...
zasss, satu quart BR aku hadapp!!!..gems gems pun  tak veduliksss
ezoe kata, "xpe yang, makan, makan...gems gems pun xpe!!"
huishh!!perli ke hapee tuuu??dulu kalu aku stress, aku sure mengadap berbar-bar balck forest.berbar-bar pun, berat aku 54kg gak...skrg????jgn dok tanya...amukan satgi!!!

aku bila dah terkawal sket emosinya, mula berfikir...ALLAH dah tentukan rezeki aku ke arah lain.bersyukurlah wahai cik iman. kekadang kita sibuk meminta tapi lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.itu yang aku belajar! ezoe selalu pesan, kalu kita rasa diri kita susah, percayalah, ada insan lain lagiiiiiiiiiii susah.


Sunday, November 4, 2012

aidiladha2012

assalamualaikum..
haiyak!!seminggu sudah aidiladha, baru bekersempatan mengupdate.lain lain entry sblum ini ada bijak-bijak-kuar-ikut-schedule. ok!!berbalik kepada ceritera aidiladha.yup!!seperti yang diduga dan di jangka..bersila pangku smpai kebas vontot. tayar keta golek pat pusingan dah benti. 
aku, ezoe dan dua adik ipar aku bergerak blk dlm kul 9mlm. dari ampang, kteorang naik mrr2 kuar ikut duke.xnak jam kat gombak depan zoo kan??..ingat xbape jam kat duke..skali..........................................................................alahai!!xsempat nak masuk gombak.dah jam...bertabahlah dekat 3 jam tuk smpai ke genting sempah. menggigil pale lutut tahan pundi kencing.yang seronok, smpai petronas besar tepi hgway tu, pelbagai tarian korg leh tengok wanita-gadis menari sebab Q panjang nak masuk toilet..hahahhahaha..opstt!!!
nampak??lautan kereta.......

di pendekkan cerita, kteorang jejak rumah mak mertua aku lagi 10 minit masuk kul 7pg. drebar bawak cam kete ade sayap..lgsung xleh tido.bergegar-gegar aku rasa. ezoe tdo atas riba aku.kematu peha aku tahan kebas...smpai solat subuh n take a nap sejam.mak mertua datang gegar pintu, xnak g solat raya kaa????terkocoh-kocoh bangun ngan kepala sakit..erghhhhh!!!!!

pas balik solat raya, mkn nasi dagang jap pastu g tempat lembu ezoe dikorbankan. alhamdulillah, berjalan dengan baik skali. ezoe korban kat kampung die, n aku kat kemboja.alhamdulillah tuk rezkiMU YA ALLAH.


ni lembu ezoe. lembu betina. mak mertua aku tolong carikan bahagian tuk ezoe.dptlaa lembu ni.betina khabarnya murah sikit dari jantan.oklaa..janji ikhlas..

setiap mereka yang ada bahagian dlm korban, perlu berada berdekatan lembu dengan niat sebelum lembu disembelih.uniknya di pantai timur ni, korban bukan dibuat secara kelompok tp secara individu. maksudnya, kalu kat blah penang ni, kalu korban satu taman, semua himpun kat satu tempat, tp kat sini..ikut tuan rumah yang beli lembu tu.maksudnye, merata-rata korban ko leh tengok sepanjang kat terengganu ni.

khabarnya, darah lembu yang mengalir pada awal tu paling afdal untuk berniat.

ezoe dah rupa big bos aku tengok...lebar leh tahan dah laki aku skrg ni...hahahah..ehh!!

adik ipar paling bongsu..

selesai, maka time tuk melapah

proses pembahagian.ezoe time ni baru die amik bahagian.ngan sampin tu die berkuntau ngan daging tu.nayanya akulaa...habis satu set baju ngan sampin die bau ya rabbi!!!!

lewat petang pas abis kerja korban, bersiap gerak blk kampung belah mak mertua kat kota bharu...
daging korban portion ezoe ngan pak mertua aku kiteorang wat BBQ
great time with family in law..kul 1 pagi aku dah meyelinap masuk bilik cover sejam je aku tdo ngan pale berdenyut!!...orang lain masih membakar.time ni memang xlarat dah.ezoe pimpin tangan aku heret masuk bilik.bukak ekon kasi selimut aku pastu die g membakar lagi..........

Friday, November 2, 2012

debaran..hati seorang wanita

assalamualaikum....

hukhukhuk...malam jumaat yang penuh dengan debaran. rasa sangat lain macam.mungkin kerana terlalu berharap..huhuhuhuhu...yup!!awal pagi ini, tepat jam 12 tgh mlm bersamaan 3/11/2012 aku dah leh semak status pertukaran antara negeri...aiyokkk!!!!sangat berdebar..xtau kenapa.kali ini lain rasanya...

lebih 4 tahun bercinta jarak jauh termasuk 2 tahun alam perkahwinan memang mematangkan aku dan ezoe. diakui, dari jauh, sedikit sukar tuk menjalankan tanggungjawab sorang isteri sebaik mungkin. adakala, sesampai di KL, aku dah lembik sebab letih travel. nak terkejar kemas rumah,nak sental toilet, nak terkejar basuh baju dan ampaikan. nak terkejar siapkan baju kemeja ezoe beriron. kerap kali aku demam. yup!aku gagahkan diri tuk tanggungjawab sorang isteri.

alhamdullilah, ezoe sangat memahami keadaan aku. kekadg, smpai KL, aku tertido kat sofa. aku terjaga bila ezoe kejutkan tuk aku berubah tempat tido bile tempat tido dia dah siapkan. selimutkan aku dan siap garukan aku tido..=)..opstt!!aku suke ezoe garu blkg time tido..miahahhaha...
tapi, lelaki adalah tetap lelaki. adakala,bila sampai KL, rumah ibarat tongkang pecah!!adakala memuaskan. kadangkala hati cuba tuk menjalankan kewajipan tanpa rungutan. tapi aku masih manusia biasa punya hati. amukan!!!!harapan, semoga bila dapat transfer, aku daat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik. niat hati seorang isteri...

memasuki fasa tahun ke2 berjauhan akibat tuntutan keje, aku terima. yup!!hubungan suami isteri adalah sangat baik malah makin baik dan erat. namun sampai bila?? memasuki tahun ke 2 alam rumah tangga, adakala terdetik hati untuk menambah ahli keluarga. tp gynae aku bising, badan aku letih, rahim aku lemah...menyukarkan aku tuk mengandung. rezeki ada di mana mana. ALLAH MAHA KUASA penentu segala. aku yakin itu.
seringkali aku berdoa...........

YA ALLAH, 
JIKA ENGKAU MENTAKDIRKAN ADA ZURIAT DALAM RAHIMKU,
KAU TEMPATKANLAH DIA SEBAIK MUNGKIN,
KAU SUBURKANLAH DIA,
KAU LINDUNGILAH DIA 
NAMUN,
JIKA ENGKAU MENTAKDIRKAN BELUM ADA ZURIAT UNTUKKU DAN SUAMI,
AKU YAKIN, ENGKAU LEBIH MENGETAHUI YANG TERBAIK UNTUK HAMBAMU INI.
AMIN...AMIN..AMIN YA RABBAL A'LAMIN


ehh ehh!!cukup part jiwangs..ahakzz..=)apapun, semoga ALLAH mengmakbulkan permintaan aku untuk berpindah!!amin..amin!!!
**kalu preggy, dah bonuss tu..=)
mohlaa kita sama sama berdoa ye......=)

klik..klik..")