Followers

Showing posts with label aku dan keje. Show all posts
Showing posts with label aku dan keje. Show all posts

Tuesday, June 2, 2015

teacher's day

Assalamualaikum
entry mesti upload..hahhahaha.bukan senang ok nak pakai balik baju zaman sweet 17...umur 30tahun baru mampu nk buat super duper throwback ni...kus semangat takut baju xceluih....hahahhahahah. ni baju adik ipar aku time dia form6 sbb tu kain aku kaler hitam...asal ade jelaaa...gb dah warning sume kene pakai baju theme back to school.exception tuk cikgu ngandung..kang menyerong kemain org pndang budak skolah preggy ngan baju skolah..

tetb teringat zaman muda belia kt soksek..rindu kenangan soksek.rindu kawan2 soksek....rindu kene denda pagi2 lari keliling padang sbb lewat g perhimpunan. Rindu kene kejar ngan warden sbb basuh baju tgh2 mlm buta.hahhahahah...partner in crime aku byk simpan rahsia..






selamat bercuti bagi yang berkenaan...
kasi upload satu pic tuan tanah 
**pp masih gebussss n mon mon...hahhahaha





Wednesday, March 11, 2015

keluarga vs kerjaya

assalamualaikum.....

bersiaran kembali sambil menyiapkan tugasan melibatkan online sistem..puffff!!berzaman nak tunggu boleh siap...


bercakap bab tugasan, secara tak langsung, ade perkaitan bab kerjaya.yezza kerjaya!!


hampir setahun yang lalu...entah mana dtg kekuatan, mungkin sokongan keluarga , ezoe dan GB aku time tu....aku apply kerja lain. Jujur...tak semudah yang disangka bila kita memilih utk bertukar kerja... 
  • dari timing kerja 730 -130 bertukar 800 - 430
  • dari biasa cuti yang panjang tanpa perlu apply, terpaksa apply
  • scope kerja yang berbeza...dlu p&p skrg lebih kepada pengurusan
  • client dlu kekanak ribena bertukar kepada orang dewasa n mungkin berpangkat dato datin
  • dulunya tempat kerja sekitar sekolah dan ppd..jauh sket ke JPN...tapi skrg sahih2 ke pejabat dan aku plak melawat n memantau org
hampir setahun aku nunggu.even perkhabaran aku di shortlisted pun xde. ye..aku bertawakal je time apply. almaklum, ngam ngam je syarat dia ngan aku. aku mmg dah assume harus ramai lagi berkelayakan akan apply

namun, rezeki tu sesuatu yang sudah tertulis. sebulan yang lalu..satu panggilan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya berjaya mengucar- ngacirkan jiwa raga dan emosi aku. aku diberi pilihan dan tempoh masa untuk berfikir


ezoe?? entah dimana silapnya... dia seakan tidak menyokong. no pun tak..yess lagilaa...
maka, drama air mata neng yatimah pun berlaku..

ya, aku bertukar kerjaya dari sekolah ke KPM putrajaya. sesuatu yang berbeza. jika aku kata Ya, bermakna ezoe turut perlu berkorban utk aku. mungkin faktor kami baru sebumbung tidak smpai setahun, aku perlu berjauhan lagi dr dia lbh kerap.. bukan lagi berurusan peringkat daerah tp peringkat negeri dan kebangsaan.

timbal balik.solat istikharah berkali - kali....akhirnya, aku nekad dan bulat memilih untuk kekal seperti sekarang. jika Ya, aku memilih utk maju diri tp tidak pertimbangkan ezoe dan keluarga kecil aku.  insyaallah, rezeki lain pasti tiba untuk aku...INSYAALLAH
rezeki nan satu yang aku tunggu hampir 4tahun masih belum kunjung tiba....insyaallah, sampai masa dan ketika, REZEKI nan satu ini pasti tiba......aminnn!!!!

Monday, January 26, 2015

ceritera 2015

assalamualaikum...

bersiaran taktala ezoe bz overtime. solo kat rumah..tak masak pulak tu...")))
rasa macam nak cerita banyak sangat tp mood tu xbrapa nak menjadi...


pekerjaan??
di tahun baru di sekolah baru....dulu time pindah bulan 6, tengah tahun mmg sedap laa.kerja kurang. keje heavy dah ade org amik...nikmatt!!tp tahun ni...xde makne nak bahgia banyak sangat. s/u pendidikan khas, s/u ladap, guru SPBT, .bla blaa blaa...tp itulah rutin sebagai pekerja. nak gaji tapi xnak kerja????rontikan jelaaaa


kesihatan??
Alhamdulillah. keadaan aku memuaskan. tp baru ni checkup, doc confirmkan aku ade fibroid. dugaan??Alhamdulillah..aku orait je. Allah duga tanda sayang bukan? overall keadaan kesihatan memuaskan cuma berat elok2 drop dekat 6kg...skrg naik balik..aduhlaaa, ubat, plzzz laaa be nice to me....no more weight gain at least for this year. 


kehidupan???
alhamdulillah.makin teror masak okeyy?? asam pedas kaw punye sap sap soi siap...
lately aku rajin bawak bekal ke sekolah,alang2 masak breakfast tuk ezoe, aku tapau skali g skolah. nampak mithali sangat, walhal makan kt kantin xbrape sedap..=)  


overall..semuanya di tahap yang selesa. Allah lebihkan rezeki aku dan suami dari segi kesihatan, kebahgian, ketenangan jiwa. moga rezeki ini terus bertambah dan berkekalan.....



Tuesday, July 1, 2014

kehidupan baru

Assalamualaikum

Bersiaran di kala berehat rehat..alhamdulillah,dah muka bertugas di tmpt baru.di sekolah baru..perlu masa tuk biasakan diri dengan suasana dan persekitaran baru....rindu sekolah lama...huhuhu
Namun...paling penting..dh masuk rumah baru...

Walau separa selesai mengemas,ku redah jua..terasa omputih sgt masuk rumah pakai kasut. Atas je dah setel.bhgian bwh dari hall smpai dapur blum bercuci pun

Mengemas mau makan sebulan gak..menitik air mata nengok bende nk kemas....mau gak aku upah org ni nanti..kang xmerasa raya rumah baru plak..
Dapur baru lum rasmi lg.ntah cmna...hod aku xmuat lubang yang ditebuk..hangin je aku nak kene lap semula pas ketuk ketuk.
Masa install kc...
Langsir baru pasang area area kritikal seperti sliding door.kalu x,wayang gambar la kteorg kat rumah.

Apapun..semoga aku rajin mengupdate cerita since rumah baru aku ni coverage cam siput sedut. Line sesaat ada,sejam xdak..internet lg cam hampeh....grrŕrrrrr

Friday, June 6, 2014

alhamdulillah...

Assalamualaikum....
Perancangan Allah sebaik baik rancangan.berbaloi penantian hampir 4thn..penempatan pun dah dapat...lega yang tiada bertebing.yelaa.takut gak aku kene campak jauh2. Time apply aku klik part setuju ditukarkan ke ppd selain yang dipohon..nak dok bawah ketiak boipren...sune hamba sanggup..hehehhehehe


Bersesuaian dengan perpindahan..maka,laju laju kene siapkan 10% yang blum siap.langsir igt nk gune gaji bulan depan...tp,kene korek tabung lg gayanya....entah sempat siap atau x..xtau lg.syg nak tgl rumah sewa kat ampang tu sebenarnya..huhuhuhu...


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

assalamualaikum..


sumber : google

sesungguhnya, menjadi guru tak semua yang disangka. menjadi guru bukanlah pilihan terakhir andainya tiada pekerjaan..
mengapa??kerana sesungguhnya..tanggungjawab tidak semudah yang dibayangkan..


  • saya mencadangkan agar diadakan hari terbuka sekurangnya setahun 2kali. ketika hari itu, waris mengambil alih peranan guru mengajar di dalam kelas. cukuplah setengah jam sorang waris. bukan niat nak kasi, nah!!padan muka  tapi cuma nk bagi waris waris faham andai mendidik anak seramai 3org pun ada kala terkincit sorang, inikan pula satu kelas 25org - 30org. 
  • saya mencadangkan 2minggu sekali yang mana cikgu kena hadir ke sekolah hari sabtu, time ni, mintak waris yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu utk datang memberi kelas tambahan secara percuma. sejam cukup!! contoh akauntan, bagi kelas matematik percuma. bukan apa, kesinambungan guru dan waris penting. yela..sabtu, cikgu pun nk bersama keluarga tapi terpaksa bekorban utk anak org lain. apa salahnya sama sama berkorban utk kebaikan negara Malaysia di masa mendatang?
  • saya mencadangkan waris diberi giliran membantu guru ketika kelas tambahan. bukan apa, ramai sangat waris komplen, cikgu skrg mata duitan. buat kelas tambahan pastu mintak upah. ok mehh, skrg sama sama berkorban masa dan tenaga ketika bukan masa rasmi BEKERJA..
  • saya mencadangkan waris datang seminggu sebelum persekolahan bergotong royong menyediakan kelas yang kondusif utk anak mereka belajar. ada waris kuat komplen cikgu tak menyediakan kelas yang kondusif. walhal, dahlaa cikgu berhabis wang ringgit tanpa boleh claim utk menceriakan kelas...anakanda semua baru sehari masuk, dah dikoyak pembalut meja. dah ditendang dinding baru cat. dan di baling baling sampah atas lantai
terlalu banayk yang nak disenaraikan. mudah merungut/mengomplen tapi tidak semua itu utk memberi kerjasama. tidak semudah itu utk membantu. waris dan guru perlu bekerja sama utk kebaikan semua. guru tidak mampu bertindak tanpa bantuan waris dan begitulah sebaliknya.
ini, kalu anak kene denda rambut panjang walhal dah berkali amaran diberi, waris datang mengamuk kununnya emosi anak terganggu.. waris dah faham prosedur rambut xleh cecah kolar baju. rambut xleh berwarna. kalu perempuan, getah rambut xleh funky funky, hitam or blue black ja...tapi ada dorg amik pusing? bila anak tak displin, jari menunding ke satu pihak.. inilah yang dinamakan kerjasama penting!!

lahirkan sedikit rasa hormat utk guru yang mendidik anak anak anda. benar, guru manusia biasa yang adakalanya salah.tegurlah secara membina dan bukan menunjukan tiada rasa hormat sesama manusia..=) SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA!!!!


Wednesday, April 16, 2014

eg-tukar : realitinya

assalamualaikum....

egtukar guru...sistem yang dah jadi bestfren aku since  last 3 years  n still counting... yezza berzaman, dah 6 kali percubaan. 2014 merupakan tahun ke4 percubaan diiiringi doa moga kesabaran ku melangit tinggi bila asyik keputusan negative je....

aku percaya pada perancangan ALLAH adalah yang terbaik..tapi sebagai manusia, membengkak gak hati dah perasaan bila mana:


  • kau posting x sampai 2 tahun dah dapat tukar semenanjung
  • kau posting x sampai 1 tahun dah dpt balik kampung halaman walau masih bujang
  • kau posting x sampai 2 tahun dah dapat pindah dekat bini/laki...
aduhlaaaaaaa.....yee, rezeki manusia adalah berbeza. pernah ke KPM tuk merayu..
lepas merayu..hati rasa tenang.alasan pegawai sedikit  membantu dan rasional..
antara butiran percakapan pegawai tersebut

  • pertukaran berdasarkan first come first serve.ada org yang lebih lama apply pertukaran berbanding awak tp masih belum dpt bertukar...so bila ada kosong, kita bagi yang dah lamaaaaaa apply 
  • negeri yang awak pohon dah sampai limit guru. kalau awak masuk, peruntukan tak cukup tuk bayar gaji awak.
  • memang ada kekosongan opsyen awak dlm negeri yang dipohon tapi guru yaang mengajar bukan opsyen tak boleh dipindahkan kalu dorang x apply permohonan tukar.
  • kita memberi priority pada mereka yang punya masalah kesihataan yang kritikal dan ancaman keselamatan.
  • awak xkesian ke family yang ada anak tp mak ayah duduk jauh??jadi kita bagi dorg dlu...aku mengangguk tanya bersetuju atas rasional manusia...tapi aku yang kawin 3 thn lebih tp x ngandung sbb dok jauh gak ni hadoo yang kesian kee wey???

pada rasional aku laa...kenapa susah berbenor nak bertukar walhal dah bertahun mintak tukar

  • guru baru posting di posting lebih awl berbanding guru yang memohon pertukaran. bila mana kekosong dah diisi oleh guru baru posting, mmg chancess sgt tipis laa nak lepas..sebagai contoh tahun ini, guru baru posting dari maktab di posting pada                  1. 4.2014.. makanya, kekosong di negeri telah diisi oleh guru baru. sistem pertukaran guru hanya dapat dipohon pada 1.4.2012  - 30.4.2014 bersamaan tarikh guru baru posting. bila mana tmpt dah disi guru baru, celah mana aku nak masuk bulan 6 ni???? ce khabar sket.... 
  • rombakan turut berlaku dalam negeri. sekolah aku sendiri menerima seorang guru yang ditukarkan oleh JPN walhal xmintak tukar pun. dan bestnya, dia adalah guru yang baru setahun posting. rezeki dia. aku terima. tapi mana keadilan tuk guru cam aku??
  • bila ditetapkan peraturan, guru baru, guru KDC/LPBS tidak boleh ditukarkan dan perlulah kekal di sekolah yang diposting dalam tempoh sekurangnya 3 tahun..namun kenapa perlaksanaan hanya pada sesetengah orang?? ade je yang x smpai 3thn  dah bertukar.......
  • KPM mungkin merancang sesuatu tuk membantu kami guru guru yang sekian lama tinggal berjauhan dari pasangan, tapi rasional nya..kenapa tidak dirombak serentak??maksudnya guru baru posting dan guru memohon pertukaran bergerak serentak.. 
  • ataupun guru mintak tukar dan layak untuk memohon pertukaran dipertimbangankan pertukaran. dan ditukarkan terlebih dahulu.kekosongan yang ditinggalkan guru yang bertukar inilah diisi oleh guru baru...
ini rasional pada fikiran aku namun aku tidak tahu permalsahan yang dihadapi di peringkat pertukaran dan posting...
rata rata semua guru kat sekolah bertanya nasib aku tuk pertukaran kali ini...aku jawab..ntahlaa kak...ntah bila laa nak smapai rezeki saya..berdoa jela...
**dorg turut "nampak" apa yang aku fikirkan bila melibatkan proses pertukaran...


rezeki ALLAH maha luas...permudahkanlaa urusan pertukaran ku untuk kali ini...AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Thursday, February 13, 2014

hidup perlukan perubahan!!!

assalamualaikum...

sesuai ngan tajuk di atas, tahun 2014 memang banyak perubahan yg berlaku. selain menambah berat badan walhal concern tahun ni nak turunkan...tapi degil sangat lemak tepu ni, kita cari perubahan lain yg lebih perlu....

  • tahun ni, aku tengah menggerak seluruh semangat untuk kembali belajar..blum tahap sambung master, tp tahap kene amik exam under british council. bukan rela hati, tp paksa rela oleh JPN. ok baguih!!nanti time nak smbg blajar, mood tu sudah mari...
  • tahun ni, di mana datangnya keberanian pun xtau, mungkin sokongan org sekeliling...aku mengorak langkah lain...mungkin smpai masa aku berubah!!ya berubah...akhirnya, permohonan beserta sokong ketua jabatan yg bersunggguh-sungguh bantu aku untuk post ni.mgkn ini yg terbaik untuk karier aku dan kehidupan aku dan ezoe...kalu takdirnya aku tidak lagi bergelar guru, aku terima..........**doakanlaa ye walau peluang sgt tipis..=(
takat februari, ni dlu perubahan yang nyata dlm hidup aku..keduanya melibatkan keberanian.. hoii!!exam tu aku tengok semua otai otai..aku je udang kering kat situ seketul....xpe, tak semestinya lebih tua lebih hebat..cabar diri anda untuk lihat kemampuan diri!!ewahhh....**jgn terkincit tengah jalan sudah..=)

Monday, January 13, 2014

anak istimewa

assalamualaikum.....

tarikh : jumaat (10/01/2014)
tempat : kelas rintis 1B
subjek : matematik

cikgu sedang memujuk sorg murid melengkapkan lembaran...warna baru 2 garis , benti sambil mulut potpet potpet...cikgu gesa smbg kerja lg....mulut masih potpet potpet xnk buat keja..aci nak sembangggggggg jaaaa.....

cikgu iman : lekaih laa siap keja tu...org lain dah siap dah...hirfan jaa xsiap lagi....
murid hirfan : ha laa ha laa....dok buat laaa ni....
cikgu : ok..cepat cepat.....kalau xdan siap, tidoq skolah laa hirfan mlm ni naaa???
murid: xmau laaa.....

tetiba..murid berlakon seolah ada handset dlm seluar yag berbunyi....

murid: hello........astagfirullahhalazim.....biaq betoi????


selesai ckp fon..si hirfan ni mai bisik kat  aku...

murid: cikgu, suami cikgu meninggal.......
cikgu: hoii!!! ku siku hg sat lagi....lekaih siap keja....

agaknya dia letih kene tarbiyah ngan aku yg asyk dok paksa siapkan kerja...skali dia bantai buat lawak cmtu...muka memang serius yang amat....cikgu lain dah dok gelak gelak....

hirfan, murid istimewa pengidap kepala besar ...dalam kala tetentu, die ke hospital untuk sedut buang air dalam kepala...petah sangat bercakap....tapi, bab melibatkan lokomotor halus, agak kurang....

Thursday, November 14, 2013

debaran........

assalamualaikum!!
debaran dalam pelbagai perkara...semua bercampur aduk..hati berbelah bahagi.....

  • debaran 1 - menanti keputusan pertukaran.. YA ALLAH, permudahkanlah urusan hambamu..apa jua keputusan, KAU redhakanlan hati ini...aminnn!!
  • debaran 2 - masih menanti sama ada ezoe akan ditransfer ke JB....lambat pulak kuar nama  ****saya xnak laki saya gaji double...saya nak laki saya dekat dengan saya...tapi kalu dekat dengan saya dan gaji double, SAYA RELA..=)..hahhahaah.... buat pe aku pindah g kl, kalu ezoe g JB..baik aku stay penang jaga parent aku sementara boleh..hurm.............
  • debaran 3 - andai kata takdirnya aku tidak dpt transfer dan ezoe akan di JB, rumah di LC akan diberhentikan proses PRB....kalu dah nak disewakan, buat pe nak reno bagai...**masih memikirkan keadaan ini...
borak dengan anak murid tentang pertukaran....tetiba dpt msg dari kawan, ada parents tnya betul ka cikgu iman nak pindah?? nak bagi hadiah ni....makanya, tadi aku dapat hadiah "perpindahan" yang belum tentu statusnya....miahahaahah....ramai mendoakan..=)

apapun, kita hanya merancang, ALLAH penentu segala....

selamat bercuti buat mereka yang sewaktu dengannya...=)

Thursday, October 3, 2013

ancaman psiko!

Assalamualaikum!..


tajuk entry dah psiko.direct kepada ceritera pada hari ini..hehehhehe....
kira - kira 3 minggu lepas, time aku selesai solat zohor kat sekolah sebba ada meeting pukul 1.45, ada org datang panggil kata ada LELAKI datang cari..bukan cikgu sekolah ni..heran!!sapa yang nak mencari aku di sekolah??lelaki plak...kalu ezoe??memang pelik ya amatlaa.xlogik!! tup tup....muncul seorang lelaki yang sangat lamaaaaaaaaaaaa xmuncul dalam hidup aku...
seram !!!! meremang bulu aku semua...
kali terakhir aku jumpa mamat ni time aku kawin, 3 tahun lalu...ntah angin apa kali ni..ya ampunn!!.....
mamat ni kawan aku yang "kurang sihat".....kekadang bertindak di luar duga..memang mendapat rawatan di hospital setiap bulan....

slow slow aku kata....
hg balik laa yee??aku ada mesyuarat ni!!kena naik atas...nanti aku kena marah..
hg tau x pasaipa aku mai ni??aku nak bayaq duit kenduri hg. hg xjemput aku p kenduri hg...
oh yaa kaa??xpa xpa..xpayah laa byr aku pun dah lupa..halal jaa...
tetiba dia menjerit!!....hg tau dak aku ni mental??hg tau dak???...zasssss meremas lagi tinggi!!!...


dah tiga tahun kot aku kawin..dia mai dok merepek lagi....dah laa time aku kawin, dia menghimpit aku kawkaw punya.family mertua kau pandang pelik gilaaa...ezoe lagi laa...lepas aku terang mamat tu kurang sihat...ezoe leh terima...=)lega!!!

lepas baguih punya aku susun ayat soh dia balik...dia pun balik..lega!!
minggu seterusnya...dia mai lagi!!! kali ni lagi awaii....pukul 9pg woiii!!..meja aku lah straight pintu, memang xdpt lari laa melainkan mengadap dia nak berborak...
and again....

sori laa wey, aku ada kelas ni...sorilaa ek???

fuh!!lega bilaa dia blah....


berturut turut dia ganggu, makanya...aku pun post kat fb n tagged beberapa kroni aku....yakin dia bukan dalam friendlist aku..tapi aku vengong!!lupa kawan yg aku tagged adalah kemungkinan friend dengan dia kat fb....makanya....statement berikut dia kuarkan...haduhlaaaa....

aku jenis bukan on9 24/7...bile aku on9, bertubi tubi msg/wassap masuk...semua risaukan aku...sayanglaa geng geng semua...=)hahahaaha...tapi bila mana anda berurusan dengan orang yg kurang sihat...makanya..perlulaa berhati-hati...
banyak rakan rakan syorkan aku buat report...tapi, belas tu masih ada...dia hanya mengganggu kerja aku dan tidak mendatangkan sebarang ancaman melainkan ugutan kat atas..cuma mungkin nak berborak...tapi dah kita ni seram, kaku gila nak melayan....

setakat ni, aku dah maklum guard sekolah, so next time dia mai...dia xleh masuk kawasan sekolah..
segala bahan bukti n status sengaja aku xdelete...sebagai bukti andai aku nk report....kot kotlaa die mai lagi mengganggu...harap idoklaa..tp kalu buat report ada ancaman, chances nak tukar tinggi lagi...auwwwwwww!!!hahaahahahahahahaah

Tuesday, May 21, 2013

rezeki ....

assalamualaikum..................................


rezeki.....ah aha..ahah...dun speko speko ok!!blum preggy...masih belum sampai rezeki itu untuk aku dan ezoe....rezeki Allah bukan hanya mengenai anak semata-mata..mungkin rezeki aku lebih kepada kerjaya....Alhamdulillah, sudah berkali kali aku dioffer sebagai JU (jurulatih utama)....itu rezeki namanya. ya!!tiada kenaikan gaji cuma extra elaun/claim...extra bebanan kerja...extra komitmen...Namun, hati telah tekad setiap kali menolak tawaran...sebahagian hati berkata..ini peluang aku untuk maju dalam kerjaya...namunnnnnnnnnnnn..ada yang lebih memerlukan perhatian...

bukan aku menolak rezeki...sungguhh!!namun, aku memilih untuk mengutamakan keluarga. keluarga kecil aku masih hura-hara..sorang di penang, sorang di ampang...hujung minggu peluang untuk berjumpa..andai aku menerima offer sebagai JU, mungkin hujung minggu perlu dikorbankan untuk ceramah/perkongsian ilmu di sekolah lain..tidakk!!!!ezoe perlu diberi perhatian..sapa tak takut weyy laki cari lain kalu bini membizi je...ehh!!mintak jauhlaa....
aku tak nak bila aku dihantar berkursus, aku dibonding dalam tempoh paling kurang setahun kehadapan..cukuplah hmpir 3tahun keluarga kecil aku perlu berjauhan...rezeki Allah akan tiba juga di kala lain..pada aku, tak perlu mengejar rezeki yang kita tidak mampu memberi komitmen. mungkin orang lain yang lebih layak menerimanya. bukan nama yang ku kejarkan..kepuasan diri itu lebih aku titikberatkan...

berulang kali rezeki untuk menambah pendapatan sebagai guru tuisyen aku terima.......
sapa taknak duit lebih?????tipusss laa kalu xnak...tapi aku taknak hanya hangat hangat taik ayam hanya kerana kejarkan imbuhan..komitmen yang aku pentingkan..tidak sanggup aku mempertaruhkan wang ibubapa murid murid yang mungkin perlu kerja siang malam bagi membolehkan anak mereka mengikuti kelas tuisyen...

cukuplaa sekadar komitmen sebagai guru kelas tambahan..ya!!!mungkin tidak setinggi mana claim yang aku dapat, tapi itu adalah sesuai dengan komitmen aku hanya seminggu sekali mengajar...oklaa tu!!nak lelebih..sila rajin bekerja!!!bila tiba masanya, aku pasti tidak lagi menolak rezeki yang datang..andai Allah masih mentakdirkan rezeki aku masih ada di masa mendatang...aminnnn!!!


***oh yehh!!cuti sudah hampir.....marilah bersedia untuk membuat marathon penang --kl--terengganu - kl.....=)

Thursday, May 16, 2013

selamat hari guru 2013

assalamualaikum...

16 mei setiap tahun, hari memperingati jasa guru dan para pendidik...alhamdulillahh!!aku diamanahkan dengan tugasan berat ini..bukan sebarangan mendidik,tapi..mendidik mereka anak-anak syurga.....insan istimewa, terlalu unik dalam dunia mereka...=)

tidak pernah malu dan rasa rendah diri untuk aku mengabarkan keseluruh dunia, aku adalah guru opsyen pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau learning disability...mereka, terlalu istimewa, terlalu unik..terlalu berharga....kami, para guru..berusaha termampu memastikan mereka mampu setanding murid murid normal yang lain...kalaupun tidak sehebat murid normal dalam pelajaran, pastinya mereka adalah murid yang paling menghormati dan mentaati guru...mereka adalah insan sebenar di mata kami...di hati kami......
yaa..

aku amat bangga menjadi antara insan yang bertanggungjawab membawa mereka ke dunia sebenar....selamat hari guru buat semua guru dan pendidik di seluruh dunia..semoga, tanggungjawab yang diberikan akan terus digalas sehabis baik!!....


***bonus hari guru.....=)
lagu sayang versi murid istimewa....



oh meh story sket bab video ni..murid yang baju putih sebelah kiri, ADHD plus hyperactive...sebab tu kalu tengok, nampak kejap kejap die kekiri..kejap kejap ke kanan..adhd ni antaranya tidak boleh fokus terhadap sesuatu dalam tempoh lama...lama pun xsampai 5 minit dah terkinja-kinja....yang baju hijau, jelas..die down syndrome.b utiran percakapan tidak jelas sebab salah satu ciri down sindrom adalah berlidah tebal dan pendek, sebab tu bile cakap, xjelas....
**abaikan suara cikgu gelak cam halilintar...aku laa tuu!!!!...wahahahahahahah




Thursday, November 15, 2012

pendidikan khas

assalamualaikum....

lama sudah xde entry ilmiah.cewaahh!!meh kita buat satu entry yang bermanfaat untuk seluruh alam semesta sket..miahahahaha...ok, entry kali ini untuk berkongsi sedikit maklumat berkaitan anak-anak istimewa. jujur, segala maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan selama aku bekerja, belajar dan berkursus. mungkin sekadar maklumat ringan untuk pengetahuan bukan sebagai rujukan nak berthesis bagai..hadoo kee???ehh!!hahahhahaha..sekadar berkongsi ok??

aku adalah seorang guru SK opsyen pendidikan khas masalah pembelajaran. di sekolah kerajaan ada 2 kategori pendidikan khas. sek keb pendidikan khas( skpk) penglihatan dan pendidikan khas(PK) integrasi. 
integrasi ni bermaksud, dalam sekolah biasa, ada kelas khas  macam prasekolah gitulaa...kalu SKPK, dorang ade sekolah sendiri sebab keperluan lain. PK integrasi pulak terbahagi kepada 2 gak, pendengaran dan masalah pembelajaran. aku hanya fokus kepada PK  masalah pembelajaran ataupun learning difficulties (LD) sebab itu adalah dunia aku bersama anak-anak istimewa..=)

dalam PK LD ni, ada banyak kategori muridnya.antaranya :

  • autisme 
  • down syndrome 
  • ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) 
  • hyperactive
  • lembam
  • dyslexia
  • hypoactive
  • pintar cerdas
  • ceberal palsy
  • terencat akal
  • dll
murid murid ini ditempatkan dalam kelas mengikut tahap perkembangan otak mereka. kalu yang bijak tapi xpandai urus diri, kite hantar ke inklusif.sama ada separa inklusif ataupun inklusif penuh. inklusif ni maksudnya murid khas mengikut p&p di aliran perdana. kalu separa tu, cikgu pend .khas akan follow murid ni masuk kelas biasa bila subjek teras.in case ade bantuan yang murid ni perlu. kalu  full inklusif ni, memang murid ni kita kan pantau, tapi jarang sebab die dah boleh berdikari dan menguruskan diri.

dalam kelas PK, murid diajar untuk menguruskan diri. tidak terlalu bergantung dan bersedia untuk bekerja bila besar. fokus utama bukanlah nak score dalam pelajaran. kalu murid ini bijak, itu adalah bonus.=) 

subjek yang diajar masih sama dengan aliran biasa. matematik, b.msia, agama, jqaf, pend. jasmani dll..cuma, ada beberapa subjek tambahan seperti pengurusan tingkahlaku , pengurusan diri dan kemahiran manipulatif.fuh!!kalu nak bercakap bab subjek ni, memang byk laa...mungkin dalam entry lain plak yeee...=)kalu rajin..miahahahha

kesukaran kami para guru PK cuma, murid pelbagai kategori diletakkan mengikut perkembangan otak.. murid ni mempunyai pendekatan yang sangat berbeza.huhuhhuhu....itu cabaran untuk para guru. tp paling sedih, bila ada segelintir parents yg macam xheran je kat anak istimewa ni.tp, aku salute dekat group SUPERMOMMIES..golongan ibubapa yang sanggup berhabis untuk anak- anak istimewa..

murid istimewa ini sangat cute and adorable.aku memang sangat enjoy dengan kerja ni.tidak penah sedetik berfikir untuk tukar opsyen. kalu nak sambung blajar pun, xnak wat double opsyen. nak amik master in psikologi/ terapi.....=)

ok kasi haplod lagi satu video ok...

video ni aku amik masa guide murid khas, autisme tuk jawab soalan exam.
kekuatan utama cikgu khas aku yakin adalah kesabaran.yup!!!kapsodbaroalipnun
kekadang respon memang luar dugaan.bertabahlah wahai hati seorang guru

Monday, November 12, 2012

cuti sekolah!

assalamualaikum...

ehem...ehem...tajuk dah menceritakan segalanya. xperlu dipanjangkan.hanya mengguris hati yang bengkek sebab xcuti macam cikgu cikgi.takpe, setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan.bersyukurlah seadanya...=)

dalam bercuti, kukendong juga kerja kerjan yang menanti.senarai semak, rekod transit, pemetaan, owhh!!..ok xnak fikir.mengurangkan kegirangan dalam hati.apepun, tugas rasmi sebagai istree bermula. checkin di ampang harini dengan demam yang suam-suam sejuk, maka, marilah kita berdondang sayang di tingkat 13 sambil melihat panorama bukit bukau dan keyhelsisi (read: KLCC)
esok baru nak start ikat apron, pegang mop, pegang penyapu , bla...blaa..bla.....
**mungkin kerja bergaji "bercuti" seketika, tapi kerja rumah, hado berhentii???nanhado...........

Monday, November 5, 2012

kecewa...=(

assalamualaikum

seryesly, tak tau macam mana nak expresskan rasa hati ini.kecewa???SANGAT!!!!!!!!!tapi, aku yakin, ALLAH tahu apa yang terbaik. mulanya memang terlalu berharap, tapi mungkin ada hikmah bila difikir semula. rumah yang aku masih dalam proses. kalu aku dapat pindah, aku terpaksa berulang agak jauh.kalu mau dekat, lalulah MEX dengan kadar 8henggit pergi balik shari.xmasuk dengan minyak.hurm................................

mulanya, bila tengok result, otak memang blurrrr....
ezoe kol n tanya, napa yang????????zappppp.... terus meleleh-leleh airmata neng yatimah aku!!choiiii....terlalu mengharap tapi atas silap sendiri, aku lupe nak attach surat gynae aku.so, berderai airmata sebab kesilapan sendiri.haiyaaaaaaaaaa!!!!!!
ezoe cube menjadi tabah bila aku lemah.berkali kali pujuk, xpe yang, xde rezeki, tahun depan kita cuba lagi k??xnak nangis-nangis...hukalohhh!!!!drama airmata...
zasss, satu quart BR aku hadapp!!!..gems gems pun  tak veduliksss
ezoe kata, "xpe yang, makan, makan...gems gems pun xpe!!"
huishh!!perli ke hapee tuuu??dulu kalu aku stress, aku sure mengadap berbar-bar balck forest.berbar-bar pun, berat aku 54kg gak...skrg????jgn dok tanya...amukan satgi!!!

aku bila dah terkawal sket emosinya, mula berfikir...ALLAH dah tentukan rezeki aku ke arah lain.bersyukurlah wahai cik iman. kekadang kita sibuk meminta tapi lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.itu yang aku belajar! ezoe selalu pesan, kalu kita rasa diri kita susah, percayalah, ada insan lain lagiiiiiiiiiii susah.


Friday, November 2, 2012

debaran..hati seorang wanita

assalamualaikum....

hukhukhuk...malam jumaat yang penuh dengan debaran. rasa sangat lain macam.mungkin kerana terlalu berharap..huhuhuhuhu...yup!!awal pagi ini, tepat jam 12 tgh mlm bersamaan 3/11/2012 aku dah leh semak status pertukaran antara negeri...aiyokkk!!!!sangat berdebar..xtau kenapa.kali ini lain rasanya...

lebih 4 tahun bercinta jarak jauh termasuk 2 tahun alam perkahwinan memang mematangkan aku dan ezoe. diakui, dari jauh, sedikit sukar tuk menjalankan tanggungjawab sorang isteri sebaik mungkin. adakala, sesampai di KL, aku dah lembik sebab letih travel. nak terkejar kemas rumah,nak sental toilet, nak terkejar basuh baju dan ampaikan. nak terkejar siapkan baju kemeja ezoe beriron. kerap kali aku demam. yup!aku gagahkan diri tuk tanggungjawab sorang isteri.

alhamdullilah, ezoe sangat memahami keadaan aku. kekadg, smpai KL, aku tertido kat sofa. aku terjaga bila ezoe kejutkan tuk aku berubah tempat tido bile tempat tido dia dah siapkan. selimutkan aku dan siap garukan aku tido..=)..opstt!!aku suke ezoe garu blkg time tido..miahahhaha...
tapi, lelaki adalah tetap lelaki. adakala,bila sampai KL, rumah ibarat tongkang pecah!!adakala memuaskan. kadangkala hati cuba tuk menjalankan kewajipan tanpa rungutan. tapi aku masih manusia biasa punya hati. amukan!!!!harapan, semoga bila dapat transfer, aku daat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik. niat hati seorang isteri...

memasuki fasa tahun ke2 berjauhan akibat tuntutan keje, aku terima. yup!!hubungan suami isteri adalah sangat baik malah makin baik dan erat. namun sampai bila?? memasuki tahun ke 2 alam rumah tangga, adakala terdetik hati untuk menambah ahli keluarga. tp gynae aku bising, badan aku letih, rahim aku lemah...menyukarkan aku tuk mengandung. rezeki ada di mana mana. ALLAH MAHA KUASA penentu segala. aku yakin itu.
seringkali aku berdoa...........

YA ALLAH, 
JIKA ENGKAU MENTAKDIRKAN ADA ZURIAT DALAM RAHIMKU,
KAU TEMPATKANLAH DIA SEBAIK MUNGKIN,
KAU SUBURKANLAH DIA,
KAU LINDUNGILAH DIA 
NAMUN,
JIKA ENGKAU MENTAKDIRKAN BELUM ADA ZURIAT UNTUKKU DAN SUAMI,
AKU YAKIN, ENGKAU LEBIH MENGETAHUI YANG TERBAIK UNTUK HAMBAMU INI.
AMIN...AMIN..AMIN YA RABBAL A'LAMIN


ehh ehh!!cukup part jiwangs..ahakzz..=)apapun, semoga ALLAH mengmakbulkan permintaan aku untuk berpindah!!amin..amin!!!
**kalu preggy, dah bonuss tu..=)
mohlaa kita sama sama berdoa ye......=)

Monday, October 22, 2012

KEWAJIPAN!

assalamualaikum..

fuhh!!!kagum gile dengan diri sendiri..bulan 10 entry sangat banyak!!..mungkin bulan 10 adalah bulan yang xbanyak nak tulis buku rekod sebab exam..=)ngehngehngeh!!!
siap pinjam koleksi conan anak kawan aku!!ngehngehngeh.......vungukss!!!!!

ok, berbalik kepada tajuk di atas, atas konsep 
  • apa yang dipinjam perlu dilunaskan,  
  • bile orang memberi peluang, jangan mengambil kesempatan,
  • kalu ko xbayar, by the time anak ko lak nak pinjam, baru terhegeh nak merayu segala bagai, 
  • kalu nak melancong or hanimun kat obersee, kang xlepas imegresen plak...


maka aku begitu istiqamah dan tawadduk dalam melunaskan hutang piutang sebelum kontrak baru hutang ngan angkasa bemula...uhukkuhukkk!!!


 adalah diakui aku tidaklaa begitu konsisten dalam membayar. adakala terskip gak laa .penah terskip 4 bulan..=)time nak kawen..kuahahahah..masih berbaki, tp mungkin nilainya tidak setingggi kawan - kawan aku yang lain.Alhamdulillah. bersyukur sangat. kesian tengok yang berhutang 20k lagi..

dalam budget 2013 ada cakap, kalau mahu bayar secara lamsum, akan dapat potongan 20%...cantekkk sgt laaaa..maka, marilah kita merebut  tawaran keemasan lagi berkilauan ini.

Thursday, October 18, 2012

updated!

NOTE: MUMBLING


assalamualaikum...
mlm jumaat yang damai dengan hujan yang ala - ala menggamit diri untuk beradu secepat mungkin..waduhh!!!

alhamdullilah, minggu ni dah dua hari aku posa..senin dan khamis.yabedabeduuuu!!
niat hati ingin terus berposa senin dan khamis setiap minggu!chaiyokk!!!..=)
berbuka dengan nasi kandaQ ja...n semlm sempat buat sagu gula melaka..so, jadilaa dessert tuk berbuka.

sekarang minggu anak -anak istimewa aku amik exam.hukaloh!!serabut btol..

cik iman: is this a pencil?
murid: adakah ini pencil??
**cikgu uji hg ke...atau hg uji cikgu dik noon oiii???

cik iman: an orange butterfly.ok, which one is orange colour??
murid: ehh..ni jingga laaa!!
cik iman: ok!!melayu sangat!!

nak marah xjadi terus bantai gelak...alahai murid murid!!!
ok nanti aku ragamkan aksi spontan murid murid ni...memang lawak!!!hahahhaha..

hurm, ok bab hospital, alhamdulillah..im free now!!!yuhooooooooo!!!tp still kene amik acid folic.xde hal.telan gitu je dah ok..cinonoit aje.....hopefully, xde  lagi ubat bertimbun timbun.
insyaallah smpai lagi rezeki aku tuk ade baby..amin!

oklaa..kasi haplod sket video mase aku buat p&p dengan murid ni...autisme budak ni.slalu xfokus dalam kelas.susah nak kasi dapat sesuatu benda.selalunya, kene ada terapi permainan dalam pengajaran.so, ini adalh salah satu teknik atau pendekatan tuk mengajar dengan dorang. xyah cite banyak, kasi haplod jelaa ye....
**abaikan suara cikgu die cam halilintar ye....


Thursday, September 27, 2012

bismillah......PPD Sepang


BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM....

masuk kali ni, kali keempat aku mohon pertukaran.masih belum memihak..uhukk..uhukk!!3 permohonan lepas, aku apply PPD keramat. sebab time tu lum berkira - kira tuk beli rumah. buat pertama kalinya, aku pohon PPD sepang ni..khabarnya banyak kekosongan smpai cikgu  posting sabah/ swak pun kene redeployment. tp opsyen aku adalah limited----pendidikan khas...area PPD sepang yg ada pend khas cuma 3 skolah. sk taman putra perdana, sk kota warisan dan sk salak tinggi..aku aim dpt sekolah area putra perdana..kalu xde kosong, harap dorg campak ke PPD putrajaya dahlaa...laju laju aku lalu hgway nusaputra tu g keje...lalalalala**verangan verangan!!!wahahahaha....xkesahlaahh...kalu dpt tukar pun dah bersyukur ya rabbi...

tadi, abru dpt maklumat, sorg team kat skolah dah dpt transfer...huhuhu...sedey seyy!!kalu time aku dpt tukar, xtaulaa cmne..hati beria-ria nak pindah dekat ngan ezoe, tp separuh ahti algi sedey nak tinggalkan team dan anak-anak murid sume!!seryeslyy!!!kang, ade plak berulang kl penang sbb rindu team kat sini...huaawaaaaaaaaaaaaaaa...........

pape pun, mungkin blum rezki aku dpt baby, tp ALLAH tentukan, rezki aku untuk memiliki rumah sendiri dan duduk dekat nagn ezoe datang dlu...aminnnn!!!!!!aminnn!!!aminnnn!!!
**entry serious sehhh!!!wahahahahaha...=)

klik..klik..")