Followers

Wednesday, May 28, 2014

vacation!!

assalamualaikum!!

semlm pas sekolah, trus laju2 naik bas nak jumpe boipren kat ampang..=) menggelegak je nengok nama aku naik tuk meeting hari selasa petang. hello!!boipren dah tunggu kat kl okey...gb argue napa aku amik tix awal??/ehh ehhh...time ni je peluang saya nk bercanda lelama ngan boipren. sile faham org perantauan cam aku..huhuhu...**hello??meeting hari last sebelum cuti sekolah???kemonnnnn laa.................

itu semlm...pagi ni aku nk hanimun ngan ezoe ..=)
ezoe on leave smpai isnin depan...it's our quality time  after ages.=)
percutian selama 5hari 4mlm ke sabah..
seryesly kali ni mmg xde plan ape2 pun...mau santai2 jalan hanyun2 tangan tengok view je...lolomenmentik sangat..=)
dari klia2, kiteorg singgah KK dlu tuk 2mlm...shopping "perut"..murah kata orang seafood sana. aku xpenah jejak sabah okeyy!!ni first time. ezoe eksen sbb dah pegi dah...xpe xpe...
pas kk 2 mlm, kite fly g sandakan plak for another 2 days. 
time ni menyelam minum air. singgah kenduri bff ezoe kat sandakan.. leh tengok budaya org sabah lak time kawin...budaya kawin swak aku dak nengok sbb akhak ipar aku org swak..=)

apapun,moga percutian kali ini berjalan lancar dan terhindar dari kecelakaan.
aminnnnn!!!

hepi holiday uolllsssssssssss..=)

Thursday, May 22, 2014

segalanya tentang la cottage

assalamualaikum..

harini ezoe g jadi lee chong wei ngan geng motor selama 2jam..aku solo molo kat rumah..mai aura rajin.aura nulis buku rekod xde...so,kasi up bende rajin dlu....heheh

projek rumah baru la cottage melibatkan terlalu banyak emosi. suka, duka, pahit dan manis.

kasi bende maniss dulu laa ye...sedap sket bacanya..=)

  • alhamdulillah, prb la cottage hampir siap walau bukan 100%. penah lelah berbaloi. part 10% tu, ialah part grill n gate rumah, railing tangga. flooring bilik bawah yang nak buat spesel sket dan beberapa interior lain seperti kipas lampu dan kepala paip. grill xpasang, mmg nk "menjamu" oranglaa kalu pasang benda2 boleh niaga ni...hehhehehee. bukan mintak cuma mengelakkan.
  • alhamdulillah, ezoe selesai gak mentinted keseluruhan rumah dengan bantuan adik ipar aku. lebih murah, berganda murah sebenarnya bila tinted sendiri. yup!!adelaaa tercela sket tp leh pejam mata punyaa laa...dah kata amatur. =)
  • alhamdulillah, kontraktor menyiapkan rumah aku. ya!!memang ada kala kene tegas, sebab ade keje keje yang dorg "mengulat" seperti cat xkemas, letak lampu tak ikut spec aku mintak...bla blaa....tapi, bila ezoe kata, xpelaa yang oklaa tu. aku malas bising..kang sakit mata aku xhabis, aku panjat g cat sendiri kang..
  • alhamdulillah, sepanjang proses prb, ramai yang dtg rumah negok2 rumah kami.xkenal pun.dorang lalu n singgah rumah.berminat dan masa sama, ezoe dpt projek luar utk 3D..alhamdulillah rezeki tak disangka..=) cuma yang xberapa berkenan, org luar masuk rumah xde adab. nmpk ada org dalam rumah plzz laa tanya kot2 org tu tuan rumah ke x. aku ngan pakai jersi ngan kendong baldi dok mencangkung sental tiles, bile tanye buat dunno je. pintu bifold aku yang baru pasang n supposed not to be open within 3hours pun selambe dorg tolak2 nengok. mgkn anggapan dorg aku bibik tuan rumah upah cuci rumah. bila aku kata aku tuan rumah baru dorg muka lain.apa pun, adab perlu ade yeee????? biar pun hanya kontraktor indon...plz plzz plzzzz !!
ok, kasi layan pic sket sket..=) lain lain, kemudian laa ..up sket sket...




nampak beza kan cermin tingkap tu.ada yang cerah ada yang gelap.
dah tinted dan belum tinted
itulaa antara hasil kerja ezoe dan adiknya.
not bad hah??

time ni proses tinted sliding door
dalam manis, off course ada duka dan sedih...atau dalam kata lain,cabaran :

  • cabaran paling utama, kawalan kewangan. hoii!!dahsyat part yang satu ni. bila kita merancang, memang mudah. perlaksanaan ya rabbi punya susah. berlawan lawan ngan napsu dan syaitonnn. sebagai contoh , kami terkincit gak bab beli tiles. sebelum beli, memang dah set budget tuk sekian sekian area..tapi bile g kedai tiles, rambang mata, syaiton menghasut...hahahahahhahaha. kekdg lari 2-3rgt tuk sekeping tiles, ce darab bape keping nak cover satu2 area...so, lari laa dlaam ratus2.. ish ishhh!! meleleh peluh korek duit merata tempat.
  • stated atas, bilik bawah flooring nk gune vinyl.niatnya.tp atas kesentotkan duit, bogel dulu bilik bawah ngan simen render..ezoe nk buat sendiri ok projek flooring ni...kite kasi tengok nanti ye...lantai porch luar pun bogel gak.budget xde...wahahahhahah. kasi simen render dlu...kemudian leh touch..kemudian tu mungkin melibatkan 2, 4 atau 10 tahun ke hadapan...=)
  • railing tangga stakat ni lum tempah. dulu punya xleh gune sbb dluu tangga aku bengkok2 sekarang lurus je. so, segala besi yang xleh guna cam besi tangga n gate, ezoe bg kontraktor soh jual n duit amik kat dorg..baikkkk sgt ezoe..=) bos yang bagus ni!! oh ya, railing tu nk buat cam rak atau divider.so,xputus lagi bab ni. ezoe kata cun gak kalu xde railing. aku kalu ngan ezoe je memang xde hal.kalu mai anak buah, mau terjun tiruk lak dari tepi tu...kus semangat!!takut aku.....
  • porch depan nk tmbh polycarbonate.tu pun kiv. gile rege membunuh sume!! nak yang cunlaa kan tp xnak mahal.so,nanti2 laa buat=) ni pun mau makan 2 ,3 tahun ke depan kalu nk buat pun
  • bila kite reno rumah, xsemestinya ending jadi mcm yang diidamkan. contohnya, rumah aku yang asal tidak menggunaka bata. dia guna amende tu yang siap tu.yang kalu ketuk paku gune hammer, xlut..kene drill je..ntahlaa ape nama dia. kelebaran bende itu adalah tidak sama dengan bata yang aku guna untuk reno rumah. so..ade join part yang nampak sedikit berlekuk/ tak sekata. nak letak simen bagi tebal, koss bertambah. n banyak area nk cover..so,pejam mata jelaa ezoe kata..aku part ni kalu pejam pun dia dok menari2 dalam mimpi aku,abes acanerrr???? huhuhuhu....redho jelaa buat masa ni.
  • setakat ni, cat bahagian bucu2 aku nengok xbrape kemas. line xlurus. leh namapk sbb melibatkan 2tone. tu yang nampak sangat. ezoe kata dorg lum touch up habis.so, ready je nak komplen nanti....
  • sink rumah aku belum gune, dorg g letak skru karat.. berbintat dah sink dapur.. geram je aku.membulat je mata aku jengil tgk oren oren kat sink tu. kontraktor kata bende tu dia leh hilangkan..nnt aku nak nengok sket.
apa pun, biasa laa ada jatuh dan bangun dalam sesuatu perkara. aku terima kalu ini rezeki aku.kalu ini ending rumah aku.biasa biasa saja....
paling kurang, bersyukur masih mampu memiliki rumah sendiri. alhamdulillah

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

assalamualaikum..


sumber : google

sesungguhnya, menjadi guru tak semua yang disangka. menjadi guru bukanlah pilihan terakhir andainya tiada pekerjaan..
mengapa??kerana sesungguhnya..tanggungjawab tidak semudah yang dibayangkan..


  • saya mencadangkan agar diadakan hari terbuka sekurangnya setahun 2kali. ketika hari itu, waris mengambil alih peranan guru mengajar di dalam kelas. cukuplah setengah jam sorang waris. bukan niat nak kasi, nah!!padan muka  tapi cuma nk bagi waris waris faham andai mendidik anak seramai 3org pun ada kala terkincit sorang, inikan pula satu kelas 25org - 30org. 
  • saya mencadangkan 2minggu sekali yang mana cikgu kena hadir ke sekolah hari sabtu, time ni, mintak waris yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu utk datang memberi kelas tambahan secara percuma. sejam cukup!! contoh akauntan, bagi kelas matematik percuma. bukan apa, kesinambungan guru dan waris penting. yela..sabtu, cikgu pun nk bersama keluarga tapi terpaksa bekorban utk anak org lain. apa salahnya sama sama berkorban utk kebaikan negara Malaysia di masa mendatang?
  • saya mencadangkan waris diberi giliran membantu guru ketika kelas tambahan. bukan apa, ramai sangat waris komplen, cikgu skrg mata duitan. buat kelas tambahan pastu mintak upah. ok mehh, skrg sama sama berkorban masa dan tenaga ketika bukan masa rasmi BEKERJA..
  • saya mencadangkan waris datang seminggu sebelum persekolahan bergotong royong menyediakan kelas yang kondusif utk anak mereka belajar. ada waris kuat komplen cikgu tak menyediakan kelas yang kondusif. walhal, dahlaa cikgu berhabis wang ringgit tanpa boleh claim utk menceriakan kelas...anakanda semua baru sehari masuk, dah dikoyak pembalut meja. dah ditendang dinding baru cat. dan di baling baling sampah atas lantai
terlalu banayk yang nak disenaraikan. mudah merungut/mengomplen tapi tidak semua itu utk memberi kerjasama. tidak semudah itu utk membantu. waris dan guru perlu bekerja sama utk kebaikan semua. guru tidak mampu bertindak tanpa bantuan waris dan begitulah sebaliknya.
ini, kalu anak kene denda rambut panjang walhal dah berkali amaran diberi, waris datang mengamuk kununnya emosi anak terganggu.. waris dah faham prosedur rambut xleh cecah kolar baju. rambut xleh berwarna. kalu perempuan, getah rambut xleh funky funky, hitam or blue black ja...tapi ada dorg amik pusing? bila anak tak displin, jari menunding ke satu pihak.. inilah yang dinamakan kerjasama penting!!

lahirkan sedikit rasa hormat utk guru yang mendidik anak anak anda. benar, guru manusia biasa yang adakalanya salah.tegurlah secara membina dan bukan menunjukan tiada rasa hormat sesama manusia..=) SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA!!!!


Tuesday, May 6, 2014

mumbling

assalamualaikum....

awal mei maka hampir ke penghujung PRB, projekrumahbaru...
hanya ALLAH tahu cabaran, kesusahan, pengorbanan dan kemanisan yang ditempuh dalam 2 bulan proses pengubahsuaian rumah...

mana nak kira hujung mingggu asyik bergelumang dengan pasir, debu, cat dan peluh
mana nak kira dengan duit tol dan minyak berulang alik
mana nak kira keletihan ezoe bergegas lepas kerja pergi balik ke la cottage
mana nak kira kos aku berulang dari penang ke kl tuk pastikan rumah idaman jadi kenyataan
mana nak kira kos aku sep duit tak shopping tuk rumah punya pasal
alhamdulillah segalanya berbaloi...walau tidak pada mata orang lain, pastinya pada mata aku dan ezoe, mata kami suami isteri.

demi ALLAH, tidaklaa segahmana rumah ini untuk dikecohkan, tapi, mana mungkin dapat dinafikan kegembiraan punya rumah sendiri dengan wang  hasil titik peluuh sendiri. biar kecil..biar comot..biar tidak cun kat mata orang lain...TAPI KAMI BANGGA DENGANNYA

BANGGA dengan ketabahan ezoe utk berkorban masa dan tenaga
BANGGA aku dan ezoe dpt bekerjasama dengan "baik" skali...hahahaha

skrg byk fasa interior saja..
install kitchen cabinet...
install pintu bifold
install hod hood n oven...bla..bla...blaaaa

paling rockk!! tinted cermin tingkap sendiri...**sep duit okayy!!...hahahah

maka dengan itu, jangan ditanya bila mau pindah..masih tiada keputusan tepat.
nantila....smpai masa, pasti ALLAH makbulkan impian kami..


sesi memanjakan diri tiba..=)
vacation mood activated.. tapi yang rabbi malasnye nak buat itinerary..
xpergi jauh mana...dalam malaysia ja..pasport aku mati bulan 8 ni..malas hoii nak g buat
tapi as usual backpacking laa..
so..moga segalanya mengikut perancangan dengan IZINYA..insyaallahh!!!



klik..klik..")