Followers

Thursday, May 16, 2013

selamat hari guru 2013

assalamualaikum...

16 mei setiap tahun, hari memperingati jasa guru dan para pendidik...alhamdulillahh!!aku diamanahkan dengan tugasan berat ini..bukan sebarangan mendidik,tapi..mendidik mereka anak-anak syurga.....insan istimewa, terlalu unik dalam dunia mereka...=)

tidak pernah malu dan rasa rendah diri untuk aku mengabarkan keseluruh dunia, aku adalah guru opsyen pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau learning disability...mereka, terlalu istimewa, terlalu unik..terlalu berharga....kami, para guru..berusaha termampu memastikan mereka mampu setanding murid murid normal yang lain...kalaupun tidak sehebat murid normal dalam pelajaran, pastinya mereka adalah murid yang paling menghormati dan mentaati guru...mereka adalah insan sebenar di mata kami...di hati kami......
yaa..

aku amat bangga menjadi antara insan yang bertanggungjawab membawa mereka ke dunia sebenar....selamat hari guru buat semua guru dan pendidik di seluruh dunia..semoga, tanggungjawab yang diberikan akan terus digalas sehabis baik!!....


***bonus hari guru.....=)
lagu sayang versi murid istimewa....


video

oh meh story sket bab video ni..murid yang baju putih sebelah kiri, ADHD plus hyperactive...sebab tu kalu tengok, nampak kejap kejap die kekiri..kejap kejap ke kanan..adhd ni antaranya tidak boleh fokus terhadap sesuatu dalam tempoh lama...lama pun xsampai 5 minit dah terkinja-kinja....yang baju hijau, jelas..die down syndrome.b utiran percakapan tidak jelas sebab salah satu ciri down sindrom adalah berlidah tebal dan pendek, sebab tu bile cakap, xjelas....
**abaikan suara cikgu gelak cam halilintar...aku laa tuu!!!!...wahahahahahahah




Thursday, May 9, 2013

surau bertaraf 5bintang

assalamualaikum.....

sapa pernah pegi space u8 eco mall kat shah alam angkat tangan???ala...tempat dorang buat konsert versus tu??..bukan nak bercerita tentang kehebatan eco mall tu tp tentang kehebatan surau die.....perghh!!terasa nak pergi memandu dari ampang ke shah alam semata - mata nak pegi solat je...heheheheh...tp itulaa kejakunan aku terhadap kehebatan sebuah surau yang kebiasaannya sempit, sesak dan kurang terjaga......mau mau plak surau sogo...perghh!!aku yang gendut terasa kemek duduk dalam tu.size tak sesuai dengan jumlah pengunjung..


ok, berbalik kepada surau space u8, jalan menuju ke surau agak scary..mungkin sebab mall masih belum meriah..banyak kedai belum bukak..tapiiiiiiiiiiiiiiiii

sampai je ke suatu area berhampiran surau..wahhh!!!macam spa..dengan down light yang malap malap gitu....stool corak checkers....hiasan dindingan yang cantik.....



tempat amik wudhuk yang cam spa..banyak batuan...cantik cantik!!

walkway nak ke bilik persalinan/mekap dan ke tempat amik wudhuk


bilik persalinan yang spacious.cermin yang besar tuk jemaah mekap dan bersiap..xdelaa kene berdiri bertingkat tingkat tuk bagi peluang ramai ramai menggunakan cermin yan kecik..retak plak tu..huishlaaa..


hiasan menggunankan elemen air...best best..tenang...
**abaikan  telekung yang sedikit bersepah

kebiasaan, ezoe yang terpaksa menunggu aku abes solat, tapi, dekat sini, aku yang kene tunggu dia..menikmati sungguhlaa suasana surau....apapun, penceritaan dan gambar adalah tidak setanding perkara sebenar kerana aku adalah amat teruk dalam bab penggunaan camera....perkara sebenar adalah jauh lebih baik...nak tau??g sendiri dan cubalaa...=)




Monday, May 6, 2013

6D motion adventure

assalamualaikum....

kali ni nak share pengalaman baru....kalu tgk wayang , takat 3d or hebat sket 4d...tp ni smpai 6d....wah wah wahh!!!ezoe beriya nak aku rasa..sbb die dah pennag rasa so die nak bini die pun cube...hello!!aku dengan baju kurung tu, takut gak tersingkap ape yang tak patut...yelaa smpai 6D kan??

tapi...............takdenyelaa nak risau melampaau sangat....hahaha....n why bother to spend couple bucks for sumthim that worth at all called PENGALAMAN SEUMUR HIDUP wahh  gituu!!!
**typo banyak sebab dah lame xmenaip..muahahaha....

**abaikan tarikh pada pic sebab ianya pasti jauh ketinggalaan dan terkepam  je............hahaahahahahah....

6D motion adventure
wangsa walk, wangsa maju
**bersebelahan dengan TGIF...

aku dah tak ingat rate die tapi ada package.mungkin sorg dalam 15 ringgit kot..kami amik package 3 person free 1 person...so, aku dan ezoe layak tgk 2 movie..xdelaa lama pun satu movie..dalam 15 minit gitu ja...


ni suasana dalam teater...kat luar pun ada screen, tp boleh tengok org kat dalam punye reaction laa..jadi peringatan!!sila control hebat sbb orang luar gelakan kita,..muahahaha

setiap seat ade seat belt and u hav to fasten the belt.kerusi adalah bergoyang goyang dan khuatir anda tercampak kehadapan...tiupan angin pun ada dan water splash pun ade..tapi xde tahap lencun baju..percik cam nak spray gosok baju gitu. 



walau berbaju kurung, masih selamat.tiupan angin hanya pada paras muka dan buka bawah kain...muahahahahahh..jadi!!ok walau pakai baju kurung!!konfem tak terselak






Thursday, May 2, 2013

marilah mengundi

assalamualaikum....

berleluasa fb aku dijajah dengan ceritera berbaur politik.....makin hari, makin malas nak bukak fb....fuhh!!aku is tak seronok. budak remaja yang pada zahirnya nampak ayu, lemah lembut bercakap, tapi bile datang bab politik, segala makin carut ko kuar...adakah politik mengajar anda anda dan anda untuk berbahasa kesat dan kasar?? biar apa pun parti yang kau yakini, pada aku...adalah lebih molek kiranya anda dan anda berkempen dengan cara menyatakan kehebatan dan kemampuan parti anda tanpa perlu memperlekehkan parti lawat..

ada insan ini yang mengatakan, "aku ni bukan apa, share kat org supaya orang tau parti A ni teruk, fitnah pemimpin parti B, makan duit orang..bla..bla..blaaaa".....sedarkah anda dan anda, dalam keghairahan mengempen, anda turut memfitnah parti lain??khabarnya parti A jahat guna taktik kotor dan memfitnah, tapi parti B buat benda sama gak, shared fakta yang belum tentu sahih. pic yang diedit. kata kata kasar dan kesat..arghh!!mana - mana parti adalah sama. setiap pimpinan musti tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. aku turut percaya, mana mana parti yang memegang tampuk pimpinan turut akan bertindak sapsapsoi sama saja.

tapi ini bukanlah bermaksud aku LANGSUNG TIDAK tahu perkembangan politik, tapi aku lebih cenderung melihat dan mengkaji tanpa perlu menghentam dan meng"share" secara membuta tuli...tidak perlu memaki hamun.tambahan pula kalau anda adalah pelajar yang baru pertama kali nak mengundi. aku yakin, biar sebijak mana anda sekalipun, tidak semua bidang anda kuasai. anda doktor, adakah anda hebat membancuh simen buat rumah??....anda lawyer, adakah anda hebat menganyam tikar mengkuang??kesimpulan di sini, biarkan mereka yang ahli menilainya tanpa perlu kita yang baca fakta fakta yang belum tentu sahih untuk menilainya. dan memaki hamun macam anda lebih hebat dari dr M yang puluhan tahun mentadbir negara??

ohya, biar apapun, pegangan agama adalah yang paling penting untuk dititikberatkan. jangan sesekali mempertikaikan kesahihan seseorang itu bersumpah kerana pada aku, biar apapun..dia masih berani untuk bersumpah dengan nama Allah daripada anda anda dan anda yang hanya hebat bercakap cakap. jika anda tidak salah, sila tampil dan melakukan sumpah yang sama..kenapa tidak???? Allah telah menjanjikan azab untuk setiap dosa yang dilakukan, jika anda adalah dipihak tidak salah, mengapa tidak mahu melakukan sesuatu yang langsung tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri melainkan kemudaratan kepada kepentingan diri sendiri sahaja?? ada yang mengata, "alaa...sumpah sekarang orang buat main ja...."....yup!!tapi janji Allah tidak pernah main main.biar ALLAH tentukan kebenarannya...


YA ALLAH, peliharalah negaraku, MALAYSIA daripada anasir anasir jahat. kekalkanlan keamanan dan kesejahteraan di kalangan kami. eratkan perpaduan dikalangan ummah islam. kukuhkan hati hati kami dengan kesabaran dan keimanan. amin amin amin ya rabbal alamin...

jangan lupa mengundi..supaya tidak menyesal di kemudian hari....ahakz...=)





Tuesday, April 23, 2013

BZ

assalamualaikum...

yeahh!!bersawang sudah..sebulan lebih dah tak terusik....xde budget retis sentiasa nak update tp suke untuk kepuasan sendiri di samping menjadi ingatan dan panduan di masa hadapan...
ewahhh!!ngekss....hahahahahhaha

terlalu banyak nak dikongsikan....tentang perkembangan dating aku dengan hospital..tentang kejadian luar duga sahabatku hingga mendorong aku turut terlibat..**hampir 2 minggu, asal kul 9mlm, baru aku jejak rumah..sob sob...tentang pengalaman 6D...tentang pertambahan usia ...tentang rumah baru kami....bla..blaa bla...................

namun, sumenya aku peram dulu gara gara jadual harian yang penuh..contohnya..:
 harini jadual kehiduapan aku adalah seperti berikut :

730pg - 200ptg : bekerja 
230ptg - 400ptg : kelas tambahan/tuisyen
430ptg - 600 ptg : latihan rumah sukan....

 blaa..blaa...blaaaaaa.....................
bila kerajinan datang, insyaallah kembali berupdate... 

Sunday, March 24, 2013

ohh fossil!!

assalamualaikum...

salam dan sopan..tapi dalam hati gelojoh nak btau purse dah robek dan rabak....berbulus di merata dan warna dah hitam kelabu asap......ewww!!!aku perlukan yang baruuuuuuuuuuuuuu..
tapi memang aku sayang habis laa purse ni...ada chain, so senang lilit kat tangan cume size agak besar..xpe, leh selit banyak resit...duit nak selit xbanyak, kite selit resit..=)








aku bukan orang yang kisah bab brand sangat.asal berkenan, aku rembat...tapi satu brand ni memang menepati citarasa dan kemahuan aku, lantas melonjakkan sifat membazir dalam diri...wah gituu!!tapi sesekali membeli, xde hal...xsalah menikmati hasil titik peluh sendiri. cara berbelanja ikutlaa individu...xde hal..=)
tapi dlm banyak butik n online butik, aku suke nau belek kat sini, secrectbargains..design yang agak latest dan harga reasonable..plus, die banyak fokus kat fossil....suke suke!!!

meh cuci mata sket tengok design yang aku suke....hati lain lain, hatta bentuk badan pun kilogramnya berbeza..ehh!!hahahahahaha




pic credited to secrectbargains.blogspot.com

aku xnak banyak pun, 2 ketul pun jadilaa.......2 ketul pun belum sama rega  nagn coach...xpe, mak xkesah..mak memang suke fossil....penyakit gila fossil....erghhhh!!!!!!!





Thursday, March 21, 2013

OUR hobbies!!

assalamualaikum.....


di hari yang indah dan berbahagia ini, terasa hati nak bercerita cerita indah kehidupan keluarga kecil aku dan ezoe...wahh!!intro telenovela habess..")

2tahun dan lebihss hari telah berkahwin, namun, alhamdulillah...masih ada suara suara manis dan merdu memuji aku dan ezoe romantik...awwwwwww!!! mungkin ini hikmah yang kami peroleh bila berjauhan..masih terasa seperti berbulan madu setiap kali berjumpa... aum..aumm..aumm!!!

kalu mengikut teori dan praktikal aku, kemesraan dan kebahgiaan tak perlukan peruntukkan yang banyak...tak caya???meh aku kasi mengikut hukum alam perkahwinan aku dan ezoe...

kebiasaan, kalu berjumpa...akan ada bonding activities aku dan ezoe.
antaranya, sesi facial antara aku dan dia....ngehngehngeh....
selalunya memang aku laa wat facial kat ezoe..alaa, xde laa hebat bebenor pun, hentam calit calit je..**orang laki bukan tau sgt**..hahahaha....
alaa...aku buat pun based on experience g spa....scrub muka, letak masker, urutan muka sket...picit2 blackhead...wah gitu!.......laki mak suke nyahhh!!!
selain menjimatkan duit, tiada kegusaran laki laki berpelesaran ngan wanita penggoda...awwww!!!
ezoe die memang suka menadah muka die kat aku.kekadang, nak pakai moisturizer pun siap baring pejam pejam mata lagi...over tau!!!!

tapi semua di atas tidak laa sekerap aku menyental kepala ezoe..
yess!!sesi shampoo girl pun wajib ade..............gatai bebenor bunyinye kan??
xdelaa...aku suka lumurkan / sental/ tonyoh kepala ehh  ..kulit kepala ezoe ngan limau purut..bagus tuk buang kelemumur ok!!ezoe suka pakai gel apa bagai..so, memang bagus.
smpai mak mertua tegur,

ehhh, dah laa tu...suruh die buat sendiri je iman..

di bantainya ezoe jawab,


ehh!!kita ada bini, biarlaa die buatkan.....


hahahahhahahaah
menggeleng je pala mak mertua aku...........
apapun, aku pasti..die hepi sebenarnya, anak die dijaga sebaik mungkin...=)
aku ingat pesan BFF aku, 

"bila kawin, carilaa satu aktiviti yang akan buatkan suami sentiasa teringatkan kita..pasti hubungan tu akan lebih kuat dan dengan izinNYA, kita pasti kekal bahagia...."


klik..klik..")