Followers

Wednesday, July 24, 2013

pinjaman perumahan

assalamualaikum...

sapa nak beli rumah, hands up plzzz!!
sapa nak beli rumah guna loan, hands up plzzzzz!!
sapa nak beli rumah guna pinjaman kerajaan hands up plzzzz!!!

hahahahhahahahahhah...cam main dengan anak murid aku plak...hahahah

ok ok!!topik kali ni just untuk peringatan aku kalu kalu nak buat loan untuk kali kedua atau untuk orang orang yang macam aku yang ke merata-rata tempat mencari maklumat....sharing is caring maa...ni sekadar panduan sahaja, mungkin ada banyakkkkkkkkk perubahan akan berlaku bergantung kepada jenis pinjaman perumahan anda dan anda..
aku pernah bekerja as mortgage exec di sebuah firma perbankan sebelum aku tukar kerjaya.ya!yaa...langsung xde kesinambungan dengan kelulusan aku dalam bidang networking yang memiliki ccna (dah expired)..tapi, pengalaman ni sedikit sebanyak sebagai panduan aku dalam membeli rumah.=)

1. jenis hartanah
jenis hartanah bermaksud jenis rumah yang ingin dibeli. kalu dalam kes aku, aku membeli rumah teres dua tingkat. progress rumah juga mempengaruhi proses pinjaman. dalam kes aku, rumah aku siap sepenuhnya. jadi lebih mudah..tapi, tak semudah yang disangka.sob..sob..jenis pegangan tanah jugak ada kesan..kalu freehold lebih mudah berbanding lease hold dan aku adalah lease hold....

2. jenis pinjaman
jenis pinjaman adalah berdasarkan keadaan rumah. adakah rumah dibeli direct dari developer, membli rumah di atas tanah lot, rumah subsale atau lain lain...kes aku adalah sedikit rumit. kes aku adalah pinjaman subsale.malangnya, proses menjadi renyah sebab lot masih dalam master plan..belum dipecah milik...berganda kesusahan, maka..berganda kebanyaakan duit perlu keluar untuk bayar lawyer..

3. proses pinjaman
aku berurusan dengan bahagian pinjaman perumahan (BPP)...semuanya secara online...sila baca panduan terlebih dalau cmne nak mengisi. cuma satu jela...sistem mungkin masih baru..bila key in maklumat, akan ada pop up dan kita select dari situ..tp jaga-jaga, ada jugak maklumat salah dari yang pop up tu,  aku adalah mangsanya!!huhuhu..
contoh dalam kes aku, kod pusat bayar gaji..aku key in kod, tapi xkeluar kod yang aku key in..kuar kod lain..aku pun...ooo..betulaa kot..sekali, kerani kata, awat pelik kod hang ni...danggg!!skali anda submit borang online, no turning back okk!!!...alhamdulillah aku ada orang dalam yang aku mintak tolong...selepas submit permohanan secara online, hardcopy juga perlu dihantar  selepas KJ cop dan sahkan beberapa dokumen berkaitan..surat iringan jgn lupa ye....kerani adalah lebih hebat bab ni...serahkan pada mereka..=)
sila print out checklist dokumen yang diperlukan untuk mengelakan permohanan anda direject...
bayaran proses pinjaman adalah tetap iaitu rm100 tanpa mengambil kira nilai rumah dah..fuhh!!selamat bab ni..=)


4. jurunilai hartanah
aku perlu mendapatkan valuation memadangkan rumah adalah subsale. valuation ini kita kena buat sendiri. dalam kes aku, pinjaman kerajaan, jadi valuation perlulah dari jurunilai kerajaan. sila isi borang dari online...sertakan surat iringan dan beberapa dokumen yang berkaitan. dalam kes aku..segalanya aku siapkan, tapi lawyer aku tolong hand over ke bahagian jurunilai hartanah. tunggu keputusan dan attachkan sekali dengan permohonan perumahan. jika tidak, proses permohonan akan delay sebb BPP terpaksa tunggu sebut harga dari jurunilai...

5. Lawyer
dalam proses pembelian rumah, pada aku, lawyer yang bagus adalah sangat penting. jika tidak, kita akan berterusan perlu membuat follow up sendiri meskipun, chargers lawyer adalah termasuk milage dtg berjumpa kita dan phone bill, photostat, fax..blaablaaa..sob..sob..sob..kalu ade org yang kenal, lagi baguih!!mungkin bukan rezeki aku, lawyer yang direkemen adalah sangat kureng..aku bengkek gile dengan lawyer ni..so, ezoe take over bab ni....

bayangkan, dalam snp, aku diberi tempoh 2 bulan tuk completekan segalanya..aku dan ezoe tinggal berasingan, dokumen aku kene sign jugak..kalu pos pun, mkn 3 hari gak...tapi, xpe..kite orang terima gak walaupun, lepas tempoh 2 bulan kite mungkin akan dikenakan interest atas kelewatan...2 bulan, tempoh lawyer tetapkan........tapi, dorang amik tempoh proses selama sebulan setgh..abes, tinggal setengah bulan je kiteorg nak rushing sana sini...bila aku tnaya kelewatan, dorg ckp...ni diluar bidang kuasa dorg, yup!!the same thing happened bila aku berurusan dengan BPP..tp, dorg kejan suruh cepat...aku tabah lagi.....aku bukan jenis memaki hamun org, aku balas, xpelaa puan...saya harap proses ni akan lebih lancar lepas ni...itu aje....n she did replied, "saya kecik hati puan nurul cakap cmtu..mksdnya saya xbuat keje"...eh ehh!!emosional xtentu hala plak...lantak!!bukan aku xbyar kau...riban wey duit habis...nak syahdu plak....
kesimpulan ...pilih lawyer yang anda yakini......chargers jugak berbeza mengikut budi bicara.....




cukup sampai sini dlu...nanti aku cube buat sambungannya........................kalu rajinnn!!!!!!...

3 comments:

ikhwan said...

Salam, awak guna loan gomen ye? Bila nak pindah la cottage?hihi..

ikhwan said...

Salam, awak guna loan gomen ye? Bila nak pindah la cottage?hihi..

cik iman said...

wsaalm ikhwan..
yup...saya gune gov loan..pindah??insyaallah hujung thn..depends gak dpt transfer ke x..=)

klik..klik..")