sumber : google
sesungguhnya, menjadi guru tak semua yang disangka. menjadi guru bukanlah pilihan terakhir andainya tiada pekerjaan..
mengapa??kerana sesungguhnya..tanggungjawab tidak semudah yang dibayangkan..
- saya mencadangkan agar diadakan hari terbuka sekurangnya setahun 2kali. ketika hari itu, waris mengambil alih peranan guru mengajar di dalam kelas. cukuplah setengah jam sorang waris. bukan niat nak kasi, nah!!padan muka tapi cuma nk bagi waris waris faham andai mendidik anak seramai 3org pun ada kala terkincit sorang, inikan pula satu kelas 25org - 30org.
- saya mencadangkan 2minggu sekali yang mana cikgu kena hadir ke sekolah hari sabtu, time ni, mintak waris yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu utk datang memberi kelas tambahan secara percuma. sejam cukup!! contoh akauntan, bagi kelas matematik percuma. bukan apa, kesinambungan guru dan waris penting. yela..sabtu, cikgu pun nk bersama keluarga tapi terpaksa bekorban utk anak org lain. apa salahnya sama sama berkorban utk kebaikan negara Malaysia di masa mendatang?
- saya mencadangkan waris diberi giliran membantu guru ketika kelas tambahan. bukan apa, ramai sangat waris komplen, cikgu skrg mata duitan. buat kelas tambahan pastu mintak upah. ok mehh, skrg sama sama berkorban masa dan tenaga ketika bukan masa rasmi BEKERJA..
- saya mencadangkan waris datang seminggu sebelum persekolahan bergotong royong menyediakan kelas yang kondusif utk anak mereka belajar. ada waris kuat komplen cikgu tak menyediakan kelas yang kondusif. walhal, dahlaa cikgu berhabis wang ringgit tanpa boleh claim utk menceriakan kelas...anakanda semua baru sehari masuk, dah dikoyak pembalut meja. dah ditendang dinding baru cat. dan di baling baling sampah atas lantai
terlalu banayk yang nak disenaraikan. mudah merungut/mengomplen tapi tidak semua itu utk memberi kerjasama. tidak semudah itu utk membantu. waris dan guru perlu bekerja sama utk kebaikan semua. guru tidak mampu bertindak tanpa bantuan waris dan begitulah sebaliknya.
ini, kalu anak kene denda rambut panjang walhal dah berkali amaran diberi, waris datang mengamuk kununnya emosi anak terganggu.. waris dah faham prosedur rambut xleh cecah kolar baju. rambut xleh berwarna. kalu perempuan, getah rambut xleh funky funky, hitam or blue black ja...tapi ada dorg amik pusing? bila anak tak displin, jari menunding ke satu pihak.. inilah yang dinamakan kerjasama penting!!
lahirkan sedikit rasa hormat utk guru yang mendidik anak anak anda. benar, guru manusia biasa yang adakalanya salah.tegurlah secara membina dan bukan menunjukan tiada rasa hormat sesama manusia..=) SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA!!!!
No comments:
Post a Comment