Followers

Thursday, May 9, 2013

surau bertaraf 5bintang

assalamualaikum.....

sapa pernah pegi space u8 eco mall kat shah alam angkat tangan???ala...tempat dorang buat konsert versus tu??..bukan nak bercerita tentang kehebatan eco mall tu tp tentang kehebatan surau die.....perghh!!terasa nak pergi memandu dari ampang ke shah alam semata - mata nak pegi solat je...heheheheh...tp itulaa kejakunan aku terhadap kehebatan sebuah surau yang kebiasaannya sempit, sesak dan kurang terjaga......mau mau plak surau sogo...perghh!!aku yang gendut terasa kemek duduk dalam tu.size tak sesuai dengan jumlah pengunjung..


ok, berbalik kepada surau space u8, jalan menuju ke surau agak scary..mungkin sebab mall masih belum meriah..banyak kedai belum bukak..tapiiiiiiiiiiiiiiiii

sampai je ke suatu area berhampiran surau..wahhh!!!macam spa..dengan down light yang malap malap gitu....stool corak checkers....hiasan dindingan yang cantik.....



tempat amik wudhuk yang cam spa..banyak batuan...cantik cantik!!

walkway nak ke bilik persalinan/mekap dan ke tempat amik wudhuk


bilik persalinan yang spacious.cermin yang besar tuk jemaah mekap dan bersiap..xdelaa kene berdiri bertingkat tingkat tuk bagi peluang ramai ramai menggunakan cermin yan kecik..retak plak tu..huishlaaa..


hiasan menggunankan elemen air...best best..tenang...
**abaikan  telekung yang sedikit bersepah

kebiasaan, ezoe yang terpaksa menunggu aku abes solat, tapi, dekat sini, aku yang kene tunggu dia..menikmati sungguhlaa suasana surau....apapun, penceritaan dan gambar adalah tidak setanding perkara sebenar kerana aku adalah amat teruk dalam bab penggunaan camera....perkara sebenar adalah jauh lebih baik...nak tau??g sendiri dan cubalaa...=)




2 comments:

Umie Aisya said...

aku suka surau kt bsc.tak besar tp mmg selesa.carpet tebal,ada 1 bilik utk simpan telekung n bersih la.

lilieyz said...

Alhamdulillah. Ada juga surau yang selesa. Kdg2 sedih tgk sesetengah mall kemain canggih tapi surau dia alahai sedih tgk.

klik..klik..")