Followers

Thursday, May 2, 2013

marilah mengundi

assalamualaikum....

berleluasa fb aku dijajah dengan ceritera berbaur politik.....makin hari, makin malas nak bukak fb....fuhh!!aku is tak seronok. budak remaja yang pada zahirnya nampak ayu, lemah lembut bercakap, tapi bile datang bab politik, segala makin carut ko kuar...adakah politik mengajar anda anda dan anda untuk berbahasa kesat dan kasar?? biar apa pun parti yang kau yakini, pada aku...adalah lebih molek kiranya anda dan anda berkempen dengan cara menyatakan kehebatan dan kemampuan parti anda tanpa perlu memperlekehkan parti lawat..

ada insan ini yang mengatakan, "aku ni bukan apa, share kat org supaya orang tau parti A ni teruk, fitnah pemimpin parti B, makan duit orang..bla..bla..blaaaa".....sedarkah anda dan anda, dalam keghairahan mengempen, anda turut memfitnah parti lain??khabarnya parti A jahat guna taktik kotor dan memfitnah, tapi parti B buat benda sama gak, shared fakta yang belum tentu sahih. pic yang diedit. kata kata kasar dan kesat..arghh!!mana - mana parti adalah sama. setiap pimpinan musti tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. aku turut percaya, mana mana parti yang memegang tampuk pimpinan turut akan bertindak sapsapsoi sama saja.

tapi ini bukanlah bermaksud aku LANGSUNG TIDAK tahu perkembangan politik, tapi aku lebih cenderung melihat dan mengkaji tanpa perlu menghentam dan meng"share" secara membuta tuli...tidak perlu memaki hamun.tambahan pula kalau anda adalah pelajar yang baru pertama kali nak mengundi. aku yakin, biar sebijak mana anda sekalipun, tidak semua bidang anda kuasai. anda doktor, adakah anda hebat membancuh simen buat rumah??....anda lawyer, adakah anda hebat menganyam tikar mengkuang??kesimpulan di sini, biarkan mereka yang ahli menilainya tanpa perlu kita yang baca fakta fakta yang belum tentu sahih untuk menilainya. dan memaki hamun macam anda lebih hebat dari dr M yang puluhan tahun mentadbir negara??

ohya, biar apapun, pegangan agama adalah yang paling penting untuk dititikberatkan. jangan sesekali mempertikaikan kesahihan seseorang itu bersumpah kerana pada aku, biar apapun..dia masih berani untuk bersumpah dengan nama Allah daripada anda anda dan anda yang hanya hebat bercakap cakap. jika anda tidak salah, sila tampil dan melakukan sumpah yang sama..kenapa tidak???? Allah telah menjanjikan azab untuk setiap dosa yang dilakukan, jika anda adalah dipihak tidak salah, mengapa tidak mahu melakukan sesuatu yang langsung tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri melainkan kemudaratan kepada kepentingan diri sendiri sahaja?? ada yang mengata, "alaa...sumpah sekarang orang buat main ja...."....yup!!tapi janji Allah tidak pernah main main.biar ALLAH tentukan kebenarannya...


YA ALLAH, peliharalah negaraku, MALAYSIA daripada anasir anasir jahat. kekalkanlan keamanan dan kesejahteraan di kalangan kami. eratkan perpaduan dikalangan ummah islam. kukuhkan hati hati kami dengan kesabaran dan keimanan. amin amin amin ya rabbal alamin...

jangan lupa mengundi..supaya tidak menyesal di kemudian hari....ahakz...=)





No comments:

klik..klik..")