Followers

Monday, September 30, 2013

pengurusan kewangan

assalamualaikum!!

pada tarikh 23/09/2013 maka dengan ini aku adalah bebas dari hutang PTPTN. Biar sekalipun aku menjadi cebisan sardin dalam tin sardin gara-gara nak sangat settle sume benda last minute. sendiri cari masalah kan, sendiri mau ingatlaa....berbulan bulan dorang bagi tempoh, last minute gak g carinya...stendet manusia..=)

ramai org bertanya macam mana aku mampu menyetelkan hutang piutang...
meh kite berkongsi..mungkin sebagai panduan saja...setiap org ada cara dan kaedah tersendiri...ini cara aku...rasional pada aku, berkesan pada aku tapi mungkin tidak pada anda dan anda...

dulu-dulu, zaman sebelum matang, aku boros.asal masuk gaji, memang licin aku kerjakan.syiling pun kekdg aku tonggeng dari tabung n jolok jolok ngan lidi..mihmihmih...
tapi kesedaran mula datang bila aku kerja dalam perbankan. ramai muda mudi baya 30thn dah kene blacklist gara gara tidak lepas ccris. masa awl keje, thn 2006 ngan gaji bersih sekitar rm500 setelah tolak minyak n duit tol berulang penang bridge..aku masih gagal menyimpan.berangan nak beli kete, choiii!!xlepas..bagi mak bapak tp hujung bulan mintak pinjam blk sebab duit xcukup...semuanya sebab xreti menguruskan wang.

ini cara-cara yang aku guna sejak kesedaran timbul sehingga sekarang...=)


  • sebaik gaji masuk, aku akan transfer immediately duit ke dalam acc yang berlainan untuk saving. contoh, sebulan saving 1k, so...trus transfer tanpa byk cakap..xpayah berdalih banyak.displin!!!bukan saving bila hujung bulan tunggu baki yang tinggal.
  • sebaik gaji masuk, selepas transfer ke saving, trus bayar segala hutang piutang. contoh : byr bil telefon, byr hutang kereta, byr hutang ptptn, internet, mak bapak. .bla..blaa..blaa..aku kerap berulang ke kl, makanya, topup touch n go adalah wajib . 
  • makanya, baki dalam bank hanyalah duit yang khusus untuk perbelanjaan harian termasuk JOLI..=) aku tetapkan jumlah penggunaan duit dlm seminggu, contohnya, rm50 untuk mkn minum shj. no matter what, jgn spend lebih dari itu in a week(working days)..kalu isnin ko dah melantak keyepci, selasa, mkn jelaa bihun sup ngan air kosong...rabu melantak mekdi, khamis mkn jela laksa n air teh o ais...n gitulaa....gamak tak cukup gak duit...PUASA!! jgn cucuk duit extra..displinnn!!!
  • jika boleh buat potongan gaji ke simpanan seperti tabung haji/ ASB...sila lakukan!! dalam payslip mungkin akan ada potongan, jgn risau, pihak bank akan consider sebagai pelaburan walaupun ada potongan dlm payslip...jadi, ia dikira advantage time nak apply loan...**aku xsure masih boleh digunakan ke tak advantage ni sekarang..**
  • hari minggu hari berjoli...maka, ada kelonggaran hari ini. mau mkn extra sket, dipersilakan. tetiba nak g seoul garden..sila...nak blanje kawan..sila....sushi king??sila....tapi, tetapkan jumlah duit untuk dikeluarkan untuk tempoh 2 hari (sabtu dan ahad) contoh : rm200....so, spendlaa wisely kalu nak shopping n makan hebat dalam 2 hari dengan jumlah itu...
  • aku tidak mengamalkan konsep draw banyak duit sekaligus. kerana aku akan belanja besar sekaligus bila nampak duit berkepuk kepuk dlm purse. aku elakkan simpan saving segedebuk dalam satu acc..contohnya : jika gaji masuk maybank, saving duit dalam cimb dan juga acc yang xleh draw sesuka hati seperti tabung haji dan ASB. kesilapan besar aku adalah menglinkkan tabung haji ngan bank. senang transfer duit tp senang jugak kuar duit!choiiii............
  • setiap kali habis berbelanja, duit baki yang aku selit dalam poket seluar sama ada syiling mahupun kertas, aku masukkan dalam tabung. yup!!tabung...pada aku, biar ada sikap mahu menabung hatta sekupang pun dari tidak langsung. hoi!!xde sekupang, tak cukup seratus oi...")
  • andai di akhir bulan sebelum masuk gaji, masik berbaki wang..haaa..time nilaa nak berjoli/ online shopping...kalu xde niat nak membeli, transfer gak dalam saving..so, esoknya duit gaji masuk adalah bersih tanpa ada baki lepas...proses berulang seperti di atas..=)
  • credit card??aku dan ezoe hanya ada satu saja. bukan sorang satu tapi satu kongsi dua..=) maka sama sama laa bayar bila perlu. cc aku guna time isi minyak, beli flight tix, blaa blaa bla...big no no no untuk shopping. kalu sesekali terbabas, dimaapkan..muahahahahahhah
emergency bila bila boleh berlaku..contoh kereta rosak. handbag putus tali =)..hahahha...silalaa keluarkan saving..tidak salah sesekali berbelanja besar. Konsep saving tu perlu ada dulu..apepun, sebagai suami isteri, sila duduk berbincang apa yang keutamaan dan kurang keutamaan. perbincangan sangat penting!!
akhir sekali, aku percaya konsep, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima..
sedekahlah yang termampu ..insyaallah rezeki akan lebih diberkati..aminnn
**wow!!ilmiah sangat entry ni....hahahhaahah


No comments:

klik..klik..")