assalamualaikum....
bersiaran di kala rajin...dok setelkan e-filling, alang alang depan pc...sambung buat entry...
borak borak bab tukang laa ye?? ke nak borak bab bahan/material?? ahhh lambak jelaa apa yang aku teringat kan..kang ada tungging terbalik semua..pandai pandailaa korang susun ye..i is tak rajin.. check je under label projekrumahbaru (PRB) atau la cottage
- tukang rumah / kontraktor pengubahsuaian
bab ni paling kritikal. paling menggigil kepala lutut dibuatnya. kalu tiles n cat xcun ,xpa lagi..boleh pejam mata..kalu dah buat rumah terbarai separuh jalan, duit dah habis...mane ko nak duduk?? rumah beratap rembulan dan bintang???fuh...mintak jauhlaa....
mcm entry PRB lepas, kteorang hanya menggunakan tukang dan bukan company mana mana.jadi risiko adalah berganda. call merata tanya pasal tukang. kebiasaan tukang akan bagi harga sekaki persegi. maksudnya kalau luas kawasan nak reno 20x18sqft, darablaa ngan harga perkaki yg tukang bagi...maka..itulah kos pengubahsuaian secara kasar..=) kos tu termasuk material ye.
tapi dalam kes aku, kteorang mintak upah secara lampsum tidak termasuk harga bahan. contohnyalaa.. tukang bagi harga rm10K tuk reno, maka kos itu hanyalaa untuk upah dia sahaja tidak termasuk kos bahan, wastage disposal dll berkaitan. untungnya, sebarang bentuk kerja sama anda mengecat, membuat plaster ceiling, wiring dll boleh diarahkan....
and again, tidak mudah. kerja kerja dorang perlu dipantau. 2-3 hari sekali perlu lawat tapak projek. kalu kontraktor, hanya perlu byr dan segalanya dorg uruskan. lebih mudah kan?tapi kos lebih tinggi...terpulang kepada masing masing. tukang ni orang indon tapi dah 6 tahun dkt msia.dah cam mandor dah pun.stakat ni ok.kalu ada yang kteorg xpuas hati, kita tegur dan dia akan baiki. ayat dia...ok, takde masalah...tu je semedang jawapannya.
- kedai hardware / bahan renovation
pemilihan kedai hardware penting jugak. kalu boleh elakkan dari mecari kedai yang jauh dari tapak projek. kang dia charge kos penghantaran barang plak.bukan sekali ye barang perlu hantar. kekdg seminggu sekali, 2 minggu sekali...gitulaa...
aku dah ezoe amik satu kedai ni area putra perdana jugak. kami beli barang anggaran keperluan untuk seminggu je.. andai ada apa apa keperluan tambahan, tukang aku call ezoe btau. ezoe akan direct call kedai hardware tuk supply barang. slalunya, pagi order brg, ptg sket dia hantar barang. kteorg ada gak letak petty cash dekat harware incase xdpt pergi dlm masa terdekat..so tukang akan g amik barang and tolak dari duit deposit tulaa...hujung minggu, kteorg g collect resit n check barang..kot kotlaa tukang dia amik extra barang plak...
- wastage disposal
kalu reno rumah jgn lupa part wastage disposal. kiteorang dpt tong smpah dgn rate rm200 sebulan. kalu 2minggu, sewa rm150..so lebih berbaloi amik sewa tuk sebulan..ni tukang yang rekemen. oklaa...
oklaa..bab documentation sume, nantilaa aku borak lain...**kalu rajin
No comments:
Post a Comment